capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Wednesday 25 July 2012

TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini,aku akan kongsikan lagi beberapa tips kepada pengunjung blog ini yang ingin merancang kewangan mereka. Berikut merupakan antara langkah yang anda boleh lakukan untuk merancang kewangan:


5) Beli barangan keperluan apabila ada JUALAN MURAH.

Tips ini merupakan antara langkah yang paling efektif bagi mereka yang ingin merancang kewangan kerana ianya mampu menjimatkan perbelanjaan harian anda seterusnya membantu menyimpan lebihan wang daripada membeli barang-barang yang bukan untuk tujuan keperluan diri. Kebiasanya,jualan murah ini akan diadakan setiap tahun (penghujung setiap tahun) dan pada waktu ini lah masa yang paling sesuai bagi anda di luar sana untuk membeli barang-barang keperluan kerana harga yang ditawarkan untuk setiap barang keperluan misalnya pakaian amat berpatutan selepas potongan diskaun diberikan. Gunakanlah kesempatan dan ruang yang ada ini untuk memborong barang-barang keperluan dalam kuantiti yang banyak seperti untuk digunakan dalam tempoh setahun supaya wang yang anda keluarkan itu berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sebelum itu,jangan lupa buat simpanan terlebih dahulu setiap bulan untuk membeli barang-barang keperluan pada penghujung setiap tahun.Dengan cara ini,anda mampu melihat sendiri berapakah wang yang anda perlu keluarkan untuk membeli barang-barang keperluan pada pertengahan tahun jika dibandingkan apabila anda membeli barang-barang keperluan pada setiap penghujung tahun.Sudah pastinya berlaku penjimatan yang sangat besar jika anda melakukan teknik di atas, Rancanglaah kewangan anda sebaik mungkin supaya lebihan wang daripada pendapatan anda dapat disimpan dan seterusnya dapat digunakan untuk tujuan pelaburan.Tetapi harus diingatkan teknik ini hanya sesuai untuk barang-barang keperluan yang tahan lama tempohnya misal pakaian dan teknik ini tidak sesuai untuk barang keperluan seperti makanan.Maka rajin-rajinkanlah diri untuk mendapatkan info terkini di manakah anda boleh mendapatkan barang-barang keperluan pada harga TERENDAH. Selamat mencuba!


6)Beli barangan secara TUNAI.

Ini merupakan masalah utama yang menghimpit rakyat Malaysia kebelakangan ini.Tidak perlu sebenarnya menuding jari siapakah yang perlu dipersalahkan dalam soal ini.Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka berhutang untuk mendapatkan sesuatu barangan terutamnya bagi golongan muda yang ingin mendapatkan gajet terkini.Sebagai jalan yang paling mudah mereka akan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan gajet-gajet tersebut.Mereka terpaksa berhutang untuk mendapatkan barang idaman,bak kata orang biar papa asal bergaya.Lambakan instititusi yang menawarkan pinjaman unttuk mendapatkan barang keperluan selain syarat yang ditawarkan juga agak longgar mendorong ramai orang di luar sana memilih jalan singkat dengan cara berhutang.Membeli brangan secara ini menunjukkan bahawa tahap kewangan mereka cukup lemah sehingga terpaksa berhutang untuk mendapatkannya.Oleh itu,janganlah mengamalkan sikap seumpama ini kerana statistik menunjukkan  ramai golongan muda diisytihrakan muflis akibat ketidakmampuan untuk membayar balik hutang kad kredit.Belilah barangan secara tunai walaupun terpaksa mengambil tempoh yang agak lama untuk mendaptkannya.


Diharapkan sedikit perkongsian ini mampu membantu anda untuk merancang kewangan supaya dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang. Bertindaklah SEKARANG agar anda dapat mencapai impian ke arah yang lebih baik. SELAMAT MAJU JAYA!

HARGA EMAS MELAMBUNG NAIK HARI INI

Bertemu lagi kita dalam entri keluaran khas berkenaan emas.....


Hari ini aku mendapat perkhabaran yang baik apabila harga emas meningkat pada kadar yang agak tinggi berbanding sebelum ini. Bagi mereka yang memiliki emas fizikal sudah pastinya tersenyum girang apabila mendapat perkhabaran ini dan ada sebahagian daripada mereka mula mengatur langkah untuk menjual emas yang dimiliki bagi memaksimumkan lagi keuntungan mereka. Ada pula sebahagian daripada mereka mula memerhatikan pergerakan turun naik harga emas pasaran dunia dari semasa ke semasa sebelum bertindak membuat keputusan menjual emas yang mereka miliki. Apa-apa pun strategi mereka,dapat diperhatikan harga emas kini meningkat secara mendadak disebabkan oleh ketidaktentuaan ekonomi dunia terutamanya negara-negara Eropah yang mula menunjukkan simptom-simptom ketidakstabilan ekonominya disebabkan krisis hutang yang berpanjangan dan sehingga kini seolah-olah tiada jalan keluar untuk mengatasinya. Sebagai langkah drastik,kerajaan negara-negara tersebut mula beralih arah ke arah pemilikan emas fizikal sebagai jaminan daripada sebarang kesan inflasi disebabkan oleh penurunan nilai wang kertas kerana wang kertas sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai jika dibandingkan dengan emas.Secara ringkas,apabila permintaan terhadap emas ini meningkat,secara automatik harga emas akan naik disebabkan permintaan melebihi bekalan.Ini menunujukka bahawa kebanyakan negara telah mengambil langkah awal dengan memiliki emas sebagai jaminan dan disebabkan itu harga emasa pasaran dunia meningkat secara mendadak kebelakangan ini.Bagi mereka di luar sana bersegeralah untuk memiliki emas fizikal demi keuntungan jangka masa panjang.Semoga dengan perkongsian ini anda di luar sana mula mengorak langkah untuk menceburkan diri dalam pelaburan emas.Mulakan SEKARANG! Semoga berjaya......


P/s: Dapatkan tips perancangan kewangan dalam entri seterusnya....

Sunday 22 July 2012

TIPS berikut (sambungan)

Seterusnya anda haruslah:

 

3) MENYIMPAN sekurang-kurangnya 10 % daripada pendapatan. Lagi tinggi peratusan anda menyimpan lagi baik.Jumlah 10% ini hanyalah jumlah minimum wang yang anda perlu ketepikan sebelum melakukan sebarang perbelanjaan.Sebagai contoh pendapatan bersih bulanan anda RM 2000,bermakna anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 200 (10% daripada pendapatan bersih bulanan).Begitulah seterusnya bergantung kepada jumlah pendapatan yang anda terima setiap bulan. Seperkara lagi,jumlah wang yang anda simpan ini perlulah realistik berdasarkan kemampuan diri sendiri dan jangan sesekali membandingkan wang yang anda simpan dengan jumlah wang simpanan orang lain.Biarlah kita mengukur baju di badan sendiri kerana kita tidak boleh sesekali bertindak melampaui batas kemampuan kita kerana dikhuatiri akan merana di kemudian hari.Lain orang lain caranya,tetapi kita perlulah berpijak di bumi yang nyata.Jika dilihat jumlah RM200 itu hanyalah jumlah yang kecil,walaubagaimanapun sekiranya digandakan dalam tempoh setahun wang yang anda kumpul pada penghujung tahun berjumlah RM2400.Itu merupakan satu angka yang menunjukkan perkembangan positif kerana pada peringkat permulaan anda berjaya menanam sikap suka menabung.Bukan semua orang mampu melangkah hingga ke peringkat ini kerana perlu diingatkan sekali lagi DISIPLIN merupakan tunggak utama untuk mencapai matlamat asal anda.Dengan disiplin ini juga,anda jangan sesekali cuba mengeluarkan wang yang anda simpan walaupun untuk tujuan terdesak.Ingat matlamat asal anda menyimpan wang.Jangan biarkan diri sendiri sewenang-wenangnya mengeluarkan wang yang telah lama anda simpan setelah bersusah payah sehingga ke tahap tersebut.

 

4)Wujudkan tabung khas untuk KECEMASAN. Ya,anda perlulah mewujudkan satu tabung khas untuk tujuan terdesak atau dalam kata lain untuk tujuan kecemasan. Tabung yang diwujudkan ini pula bergantung kepada keperluan diri sendiri untuk satu jangka masa yang anda sendiri tetapkan dan sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan ke atas.Sebagai contoh,keperluan bulanan anda adalah RM 500,jadi anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM3000 (RM500 x 6 bulan) di dalam tabung khas yang anda wujudkan sendiri.Jumlah ini merupakan jumlah yang anda perlu tetapkan sendiri berdasarkan keperluan dan perbelanjaan bulanan anda.Selain itu,tabung khas ini bolehlah digunakan untuk tujuan yang anda perlukan tunai dengan segera seperti untuk tujuan penyelenggaraan kereta dan sebagainya.Jangan sesekali cuba mengusik wang yang telah anda simpan sebelum ini.Gunakanlah tabung khas ini secara berhemah dan jangan lupa membuat sedikit peruntukan sebelum mengeluarkannya.

Semoga dengan perkogsian ini mampu menjadi titik tolak kepada anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari kaedah berkesan untuk merancang kewangan.Jangan lupa ikuti tips berikut berkaitan perancangan kewangan dalam entri seterusnya.



SELAMAT MENCUBA!

Saturday 21 July 2012

TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini.sedikit perkongsian ikhlas bagi anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari tips bagaimana untuk merancang kewangan.Tetapi perlu diingatkan di sini bahawa jumlah wang yang anda terima setiap bulan (termasuk lah gaji,elaun.perniagaan dan sebagainya) tidaklah begitu penting,sebaliknya bagaimana anda menguruskan kewangan merupakan langkah yang TERPENTING untuk mencapai matlamat asal anda.Baiklah di bawah ini merupakan apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk merancang kewangan:

1)Setelah anda menetapkan matlamat anda (berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan pelaburan) anda perlulah menyediakan satu buku khas (tidak kira lah buku log atau pun buku 555) sebagai panduan kepada anda untuk menguruskan kewangan melalui teknik yang betul.Di dalam buku tersebut,perlulah dinyatakan dengan JELAS dan TERPERINCI berapakah wang yang anda terima(jumlah kasar).tarikh,masa,perbelanjaan(perbelanjaan ini juga perlu dinyatakan dengan jelas tujuannya dan berapakah jumlah wang yang dikeluarkan untuk tujuan tersebut).Setelah semua ruangan ini telah diisi di dalam buku tersebut,sediakan satu ruangan khas di setiap penjuru buku tersebut yang dinamakan sebagai ruangan simpanan.Ruangan simpanan ini merupakan berapakah wang yang tinggal setelah wang yang anda terima itu ditolak dengan wang yang anda keluarkan untuk tujuan perbelanjaan(wang yamg terima-wang yang dibelanjakan).Ruangan ini perlulah direkodkan setiap hari untuk memastikan ke manakah wang yang kita terima dibelanjakan.Dengan ini,kita dapat memastikan wang yang kita belanjakan ke arah yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat memastikan tidak berlaku pembaziran kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

2)DISIPLIN! Ya.disiplin merupakan antara tindakan yang perlu anda lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai.Tanpa disiplin sudah pastinya matlamat anda akan terkubur begitu sahaja.Untuk memastikan kita sentiasa berdisiplin untuk menyimpan wang,perlulah ditetapkan MATLAMAT asal anda yang jelas di dalam diri sendiri untuk setiap waktu.Melalui cara ini.minda kita akan lebih terfokus kepada matlamat asal dan sudah pastinya kita akan membelanjakan wang secara berhemah kerana dikhuatiri berlakunya pembaziran kepada perkara-perkara yang boleh membantutkan usaha kita untuk mencapai matlamat. Langkah ini merupakan perkara yang nampak mudah luarannya tetapi hakikatnya masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak mampu dan konsisten untuk menyimpan setiap lebihan wang mereka.KENAPA? Jawapannya mudah: TIADA DISIPLIN dalam diri sendiri. Oleh itu,perlulah disiplin ini dibentuk secara perlahan-lahan di dalam diri sendiri,nescaya lambat laun ianya akan mejadi salah satu tabiat dalam jangka masa yang panjang.Jadi,apa lagi? Mulalah bertindak sekarang! Ingat DISIPLIN!

Baiklah.cukup setakat ini sahaja tips-tips untuk merancang kewangan.Jumpa lagi dalam entri berikut tentang tips yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian.

Thursday 19 July 2012

PERANCANGAN KEWANGAN

Bertemu lagi kita dalam entri seterusnya.....

 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan rupanya,sememangnya bulan ini merupakan bulan yang sememangnya dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia dan juga di Malaysia.Cepatnya masa berlalu kan....semoga hari-hari yang kita lalui sebelum ini mendatangkan manfaat kepada kita pada masa akan datang.Percayalah apa yang kita lakukan hari ini akan membuahkan hasil di kemudian hari cuma yang membezakan hanyalah tempoh masa yang kita akan tuai hasilnya berkat kegigihan usaha kita selama ini tanpa mengenal erti putus asa. Begitu juga kalau kita kaitkan dengan soal perancangan kewangan,makin cepat kita ambil tindakan ke atas perancangan(kewangan) maka makin cepatlah kita akan tuai hasilnya.Walaupun aku sedar aku bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan soal kewangan.tapi diharapkan sedikit perkongsian ikhlas ini dapat memberikan info serba sedikit bagaimana untuk merancang kewangan untuk keselesaan kita pada masa akan datang.Dan aku percaya semua manusia di atas muka bumi ini pernah merasai permasalahan yang berkaitan soal kewangan melainkan mereka yang mewarisi kekayaan dari generasi terdahulu sudah pasti tidak akan berada di dalam situasi seumpama ini.Baiklah.apa yang paling penting dalam merancang kewangan ini,langkah pertama anda(diri sendiri) perlulah menetapkan berapkah jumlah wang yang diperlukan(perlu spesifik kuantitinya) untuk kegunaan pada masa hadapan.Lain orang lain jumlahnya bergantung kepada matlamat asal seseorang.Kegunaan wang untuk tujuan pendidikan sudah semestinya berbeza jumlah yang diperlukan jika dibandingkan dengan kegunaan wang untuk tujuan pelaburan.Begitulah perbezaan yang ringkas dan mudah difahami untuk menjelaskan jumlah wang yang diperlukan oleh individu.Seterusnya langkah kedua haruslah BERTINDAK! Ya,anda harus BERTINDAK setelah menetapkan berapakah jumlah wang yang anda perlukan.Tanpa TINDAKAN sememangnya mustahil untuk mencapai perancangan yang telah kita tetapkan sebelum ini.Lagi cepat tindakan kita lagi bagus,kerana hasilnya kita akan dapat lihat dalam tempoh yang lebih singkat.Jadi.mulakanlah SEKARANG! ya SEKARANG! Tapi sebelum tu,anda pasti tertanya-tanya kan apakah tindakan yang perlu kita lakukan? Jangan bimbang,seperti  mana yang aku cakap sebelum ni,aku akan berkongsi pengalaman SENDIRI bagaimanakah untuk menguruskan kewangan dalam masa yang sama dapat mencapai impian kita. Pengalaman yang akan aku kongsikan ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang aku sendiri alami untuk mencapai impian tersebut.Apa yang aku lakukan,semuanya menjadi walaupun ada beberapa rintangan yang perlu dihadapi.Tapi aku akan kongsikan tips-tips tersebut bukan di sini,dalam entri berikut aku akan perincikan setiap tips untuk manfaat kita bersama.Jumpa lagi dalam entri berikut!


P/s:Jangan lupa dapatkan tips-tips PERANCANGAN KEWANGAN dalam entri berikut!

Tuesday 17 July 2012

Perlu ke merancang masa depan?

Bertemu lagi kita dalam entri berikut.....

 

Tetiba hari ini mood nak update blog datang....puas jugak la nk pikir apa yang nak tulis dalam blog ni....korang pernah tak buat perancangan secara terperinci pasal masa depan korang? Apa korang akan jadi dalam tempoh jangka pendek (3 tahun akan datang) dan dalam jangka masa panjang (5-10 tahun akan datang). Aku rasa ramai je antara korang ni yang dah merencanakan kehidupan pada masa depan.Bagus la kalau korang ada buat macam tu kan.Setidak-tidaknya ada jugak la jaminan apa yang akan jadi pada masa akan datang.Sekarang ni pun kita dah boleh lihat ramai antara lepasan SPM yang terus melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi termasuklah ke peringkat diploma dan ijazah.Berbekalkan kelayakan yang dimiliki ini akan memudahkan kita untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan yang kian mencabar kebelakangan ini.Tetapi harus diingatkan bahawa ilmu yang dipelajari pada tahap ini bukanlah satu jaminan yang pasti untuk memperoleh pekerjaan yang diminati sebaliknya harus disusuli dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang boleh membantu untuk mendapat pekerjaan yang diidamkan. Berbalik kepada topik di atas:perlu ke merancang masa depan? Daripada pandangan aku,memang setiap individu perlu mempunyai perancangan masa depan masing-masing.Bukan setakat perancangan sahaja,tetapi mestilah disusuli dengan perancangan yang lengkap termasuklah jangka masa yang ditetapkan dan yang paling penting apakah tindakan kita ke arah perancangan tersebut.Perancangan yang kita lakukan itu juga haruslah realistik dan dapat diterima oleh akal yang waras (bukan apa nanti diri sendiri pulak yang kecewa kerana apa yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan). Namun begitu,ada juga dalam kalangan kita ni yang tidak berapa suka merencanakan masa hadapan merekan.Bak kata mereka just go with the flow. Apa-apa pun,terpulanglah kepada individu kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri.Kita sebagai manusia perlulah menghormati pandangan mereka kan.Sampai sini je la entri untuk kali ni.

P/s:Jangan lupa ikuti entri berikut......

Sunday 15 July 2012

PELABURAN JANGKA MASA PANJANG!

PUBLIC GOLD


Pernah tak korang dengar pasal pelaburan dalam PUBLIC GOLD? Ala yang pasal jual beli emas.perak dengan barang kemas tu....urmm,bagi korang yang tak tau lagi pasal PG ni,mai sini aku nak cerita sikit pasal pelaburan ni....PG merupakan salah satu instrumen pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam jangka masa panjang.Jika sesiapa yang ingin mendapat pulangan dalam jangka masa panjang.ini lah medium yang paling sesuai untuk korang memulakan pelaburan.Pelaburan emas dalam PG ini merupakan emas fizikal tulen yang boleh didapati dalam dua bentuk:999 (24 K) dan lagi satu 916 (22K).Bagi yang mula berjinak-jinak dalam pelaburan emas ini, anda disarankan untuk membeli 1 dinar terlebih dahulu untuk medapatkan pemahaman yang lebih jelas dan menyusun strategi bagaimanakah langkah seterusnya untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi pada masa akan datang.Tetapi perlu diingatkan bahawa pelaburan emas PG ini berbentuk jangka masa panjang (bermaksud anda tidak boleh menetapkan matlamat untuk mengaut keuntungan dalam tempoh terdekat-sebagai contoh dalam masa seminggu atau sehari). Apa yang pasti.berdasarkan trend 10 tahun lepas,terdapat peningkatan dalam harga emas disebabkan oleh kejatuhan mata wang USD dan krisis ekonomi dunia termasuklah peperangan.Harga jualan emas di PG berdasarkan harga pasaran emas dunia iaitu bersandarkan nilai USD (dlm 1 onz=31.1 gram).Emas juga merupakan salah satu langkah untuk menyelamatkan mata wang kita daripada kurangnya nilai disebabkan oleh inflasi.Kebanyakan masyarakat Malaysia sekarang ini mula beralih arah untuk menceburi bidang pelaburan emas.Di PG,apabila selesai urusan jual beli emas oleh seseorang agen(pengedar) anda akan mendapat emas dalam bentuk fizikal berbanding jika anda membuat pelaburan emas seperti akaun simpanan di Maybank dan Public Bank. Itu lah perbezaan ketara antara pelaburan emas di PG dan pelaburan emas melalui akaun simpanan seperti yang diperkenalkan oleh bank-bank tempatan. Selain itu, PG mempunyai kilang sendiri yang terletak di Bayan Lepas.Penang selain mempunyai pengedar di seluruh negara. Jadi, ianya memudahkan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan dan stok emas tersebut. Di bawah merupakan rupa bentuk 1 dinar PG:


Yang hijau tu merupakan sijil yang mengesahkan ketulenan emas tersebut (kat belakang ada tulis keterangannya termasuklah pengesahan oleh orang PG yang bertauliah)


                                Pandangan belakang 1 dinar (bersamaan 4.25 gram)

                               Pandangan hadapan 1 dinar (bersamaan 4.25 gram)


Bagi sesiapa yang mempunyai persoalan.tinggalkan persoalan anda di ruangan komen!

Jumpa lagi dalam entri berikut......




PELABURAN JANGKA MASA PANJANG!


Tuesday 10 July 2012

Nantikan perubahan blog ini dalam entri akan datang!