capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Sunday 30 September 2012

Semakin ramai yang celik EMASSSSS

Assalamualaikum.....

Hari ini mood nak update blog datang lagi....rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan apa, sejak seminggu ni semakin sibuk dengan urusan hidup yang entah bila akan habis kan..bunyi lain macam je kan? Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku sejak seminggu lepas, ada yang manis untuk dikenang, tak kurang ada juga yang pahit untuk ditelan. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Walau sesusah mana pun untuk teruskan kehidupan, jiwa kena kental untuk mengatasi setiap permasalahan yang hadir dalam hidup kita bertubi-tubi seolah tidak menunjukkan tanda-tanda bilakah ianya akan berakhir.



Macam-macam perkara lah yang berlaku minggu lepas. Penat tu jangan cakap la. Biasa la, stiudent life kan,assignment,tutorial, test dan yang paling memeningkan kepala ni projek tahun akhir. Kalau ada kesempatan, aku akan update lagi tentang projek tahun akhir tu. Kita lupakan seketika permasalahan tu, sekarang ni fokus kita kepada tajuk di atas. Ya, semakin ramai yang celik pasal emasss. Dan semakin ramai juga orang yang bercerita pasal emas. Sememangnya emas merupakan topik perbualan yang hangat dibincangkan kebelakangan ni. Akbar-akhbar utama pun tidak melepaskan peluang untuk memuatkan berita berkaitan emas. Nampak kan, emas mula menjadi perhatian ramai orang sejak dua menjak ni kan. Disebabkan berlaku peningkatan harga emas sejak beberapa bulan lepas, ramai orang sudah mula beralih perhatian kepada pelaburan emas. Mereka mula berkira-kira untuk memulakan langkah pertama untuk terlibat dalam pelaburan emas. Itu menunjukkan tanda positif bahawa masyarakat kita sekarang ini sudah mula sedar pulangan yang agak lumayan dalam pelaburan emas.


Oh ya, baru-baru ini seorang rakanku juga turut memulakan langkah pertama dalam pelaburan emas. Berbekalkan 1 dinar emas (4.25 g), langkah berani ini menunjukkan bahawa seorang pelajar universiti juga turut mampu menceburi bidang pelaburan emas ni. Dengan keinginan yang kuat di hati, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi. Asalkan langkah pertama (tindakan) perlu dilakukan, bukan sekadar omongan kosong sahaja. Sebenarnya, semua orang mampu untuk memiliki dinar emas, tidak mengira usia,pangkat dan jantina sekali pun. Jika kehendak itu datang dari hati yang tekad, semuanya akan dipermudahkan. Buktinya sudah jelas apabila rakanku ini juga dapat melihat pulangan yang agak lumayan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Ayuh, kepada anda di luar sana, bersegeralah untuk memiliki emas (walaupun sekeciil 1 dinar emas) memandangkan harga emas yang masih lagi anda mampu miliki berbanding dalam 2 atau 3 tahun akan datang. 


Cukuplah sekadar perkongsian ini untuk tatapan pembaca di luar sana. Pada entri berikut,aku akan ceritakan bagaimana 2 dinar emas boleh bertukar menjadi 10 g emas. Jangan lupa untuk mengikuti entri berikut.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

Sunday 23 September 2012

Beli Dinar EMAS Untuk Langsaikan Hutang PTPTN

                                                                  Assalamualaikum

Tengok je tajuk kat atas tu macam pelik je kan bunyinya...hehehe....beli dinar emas untuk langsaikan hutang PTPTN? Betul ni.....beli dinar pun mampu untuk langsaikan hutang PTPTN. Eh,jap.... pasal entri sebelum ni nanti la aku ceritakan sambungannya. Bukan apa, tetiba hari ni dapat idea untuk menulis blog pasal emasssss....

Oh ya,berbalik pada topik kita,di bawah ini akan dikongsikan bagaimana dengan hanya membeli dinar emas anda mampu untuk melangsaikan hutang PTPTN. Tips yang bakal dikongsikan ini sangat mudah dan hanya perlu dipraktikkan untuk kesenangan pada masa hadapan. Dan yang paling penting tips ini sesuai untuk golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Katakanlah seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti kursus sepenuh masa di IPT selama 4 tahun (ni untuk pelajar yang mengambil jurusan ijazah sahaja), mampu memulakan pelaburan dalam emas seawal memulakan pengajian pada semester pertama lagi. Bermakna,mereka mempunyai 8 semester untuk menghabiskan pengajian (ni hanya untuk kes bagi mereka yang tidak mengulang semester) di IPT. Tipsnya cukup mudah,anda hanya perlu peruntukkan satu dinar emas sahaja bagi setiap semester. Mudah kan? Cukup hanya satu dinar emas (sekurang-kurangnya),lagi banyak lagi bagus. Ini hanya untuk permulaan sahaja bagi mereka yang mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan emas. Secara tidak langsung,pada penghujung pengajian anda sudah memiliki sekurang-kurangya 8 keping dinar emas (ni hanya anggaran sahaja untuk pembelian minimum 1 dinar emas untuk setiap semester) seperti di bawah:

Semester 1: 1 keping dinar emas
Semester 2: 1 keping dinar emas
Semester 3: 1 keping dinar emas
Semester 4: 1 keping dinar emas
Semester 5: 1 keping dinar emas
Semester 6: 1 keping dinar emas
Semester 7: 1 keping dinar emas
Semester  8: 1 keping dinar emas

* 8 keping dinar emas untuk 4 tahun pengajian. Banyak tu...
Secara asasnya, anda hanya perlu memperuntukkan RM 700- RM 800 setiap semester bagi pembelian dinar emas. Harga ini hanyalah anggaran sahaja bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Kita sedia maklum bahawa harga emas meningkat secara puratanya 25% hingga 30% setahun.ya,setahun.banyak kan? Bermakna,selepas 4 tahun pengajian anda harga dinar emas yang anda miliki meningkat antara 100% hingga 120% .Satu pulangan yang agak lumayan jika dibandingkan instrumen pelaburan yang lain. Dengan pulangan ini anda mampu sebenarnya untuk melangsaikan hutang PTPTN. Lagi banyak anda miliki lagi tinggi pulangannnya. Apa-apa pun bergantung kepada bajet anda,daripada membeli barang-barang yang bukan keperluan seperti gajet,apa kata anda laburkan sedikit wang anda kepada instrumen pelaburan seperti emas ini. Banyak faedahnya untuk pelaburan jangka panjang.

Rasanya cukup dulu setakat ini untuk tips bagaimana untuk melangsaikan hutang PTPTN dengan hanya melalui pembelian dinar emas. Semoga apa yang dikongsikan ini mampu dipraktikkan kepada pelajar-pelajar di luar sana yang masih lagi tercari-cari bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan pada jangka masa panjang. Apa yang penting ialah TINDAKAN! Mulakanlah SEKARANG.....selamat maju jaya!

P/s: Sebarang persoalan,tinggalkan di ruangan komen atau email kan pertanyaan anda ke Capstarz@yahoo.com.

Sunday 16 September 2012

Macam-macam cerita.....

Fuhhhhh........sudah bersawang blog aku ni...bukan disebabkan idea untuk menulis blog tiada,tapi disebabkan mood untuk berblog merundum sampai ke tahap paling bawah a.k.a malas...hehehe....

Banyak perkara yang ingin aku kongsikan kepada para pembaca blog sekalian tentang perjalanan hidup aku selama beberapa bulan lepas sejak entri terakhir. Dalam menempuh tempoh tersebut,tidak dapat dinafikan banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi dan kenangan tersebut sebenarnya banyak mengajar erti kehidupan yang sebenarnya. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini,namun ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan kepada anda semua beberapa perkara yang manis untuk dikenang sepanjang tahun 2012. Syukur alhamdulilah segala perit jerih yang aku alami sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain akhirnya mula menunjukkan hasilnya kebelakangan ini. Benarlah kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Itulah prinsip yang aku pegang sejak dulu sehingga kini dan insyaAllah pada masa akan datang. Oh ya.tentang perkara-perkara manis yang berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan lepas tu,nanti aku buat entri khas dan akan diperincikan satu persatu. Dalam entri kali ini,aku cuba untuk menaikkan mood kembali setelah lama menyepi daripada dunia blog. Pada penghujung entri nanti,aku akan bagi tahu apa perkara-perkara manis yang berlaku sepertimana yang aku bagi tahu sebelum ini.

Entri kali ini hanyalah untuk mengingatkan para pembaca sekalian tentang liku-liku perjalanan hidup sebagai seorang pelajar. Tidak dapat dinafikan lagi setiap orang mempunyai cabaran mereka tersendiri dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar. Tetapi apa yang aku ingin tekankan kat sini sesusah mana pun cabaran yang kita hadapi,pasti ada jalan keluar. Yang penting berikan sedikit kepercayaan kepada diri sendiri untuk terus berjuang menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar kebelakangan ini. Percayalah setiap kesusahan itu ada kemudahannya. Jangan biarkan diri anda untuk terus berputus asa tanpa melakukan sesuatu untuk keluar dari kepompong masalah yang membelenggu diri sendiri. Cekalkan diri,tabahkan hati,percaya kepada diri sendiri,pasti ada jalan keluar dan sinar cahaya di penghujungnya. Apa yang aku kongsikan ini pun berdasarkan pengalaman sendiri setelah melihat kesusahan selama ini akhirnya mula menunjukkan ruang-ruang kejayaan seperti diimpikan.

Seperti yang dijanjikan pada penghujung entri, berikut merupakan antara perkara-perkara manis untuk dikenang sepanjang tahun 2012:
1) Menjalani latihan industri di agensi kerajaan (banyak kenangan pahit manis kat sini....hehehe)
2) Keputusan semester lepas (alhamdullilah dapat Anugerah Dekan-semoga berkekalan sehingga semester hadapan)
3) Harga emas (pelaburan yang aku lakukan mula menunjukkan hasil...alhamdulilah balik modal + untung) mencanak naik dijangka sehingga ke penghujung tahun ini.
*Banyak lagi perkara manis yang berlaku sebenarnya,tapi cukuplah perkara di atas untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian. 

Pada entri seterusnya,akan diperincikan satu persatu perkara-perkara di atas. Sehingga bertemu lagi pada entri berikut.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

P/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang pelaburan emas, jangan segan-segan tinggalkan persoalan anda di ruangan komen atau ajukan persoalan anda ke Capstarz@yahoo.com. Persoalan anda akan dijawab dan kemusykilan anda pasti akan terjawab.