capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Saturday 3 November 2012

Realiti Kehidupan Sebenar Selepas Bergelar Graduan Universiti



Bertemu lagi dalam entri kali ini yang lebih serius untuk tatapan kita semua, sekadar peringatan dan perkongsian bersama. Diingatkan di sini bahawa penulisan kali ini hanyalah sekadar pandangan, perkongsian idea daripada penulis sendiri di samping perjalanan hidup sebenar yang dilalui oleh segelintir graduan universiti setelah mereka menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Coretan kali ini merupakan pandangan penulis berdasarkan juga pemerhatian yang dilakukan dan penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian penulisan kali ini walaupun mungkin ada sesetengah pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis di akhir penulisan ini. Semua individu mempunyai pandangan tersendiri dan diharapkan penulisan kali ini tidak akan mendatangkan isu yang besar di kemudian hari.

Ramai di kalangan kita sebenarnya menginpikan akan melangkah ke alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tetapi, realitinya adakah apa yang kita impikan itu benar-benar menjadi kenyataan? Hakikat yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan: ramai graduan lepasan universiti sehingga kini berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Inilah realiti yang sebenar berlaku akibat lambakan para graduan sehingga memaksa ada sesetengah daripada mereka terpaksa melakukan pekerjaan sambilan (part time job) demi meneruskan kelangsungan hidup akibat tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Jangan terkejut sekiranya ada di antara mereka yang menjadikan pekerjaan cashier di mall sebagai pekerjaan sampingan walaupun sebenarnya mereka memiliki kelayakan yang tinggi untuk menjawat jawatan di bahagian pengurusan dan professional. Senario ini memang berlaku di bumi Malaysia yang bertuah ini, jangan ada pula antara kita yang mencemuh mereka kerana mereka terpaksa melakukannnya demi mencari sesuap nasi, asalkan pekerjaan yang mereka lakukan halal dan tidak melanggar batasan agama.


Cuba anda bayangkan dengan hanya berpendapatan  di bawah RM 1k sebulan, bagaimanakah mereka boleh meneruskan kehidupan? Berdasarkan cerita sebenar, seorang lepasan graduan Ijazah Fizik Industri daripada salah sebuah IPTA mengadu domba akibat pendapatannya sebagai cashier di seven eleven hanyalah RM 700 sebulan. Graduan wanita ini resah mengenangkan nasibnya di kemudian hari kerana katanya segala penat lelah, jerit perihnya untuk mendapatkan segulung ijazah selama ini seolah-olah tidak membawa apa-apa makna. Katanya lagi: adakah nilainya hanyalah RM 700/ bulan setelah empat tahun menghabiskan masa sehingga melupakan seketika keseronokan alam remaja, menelaah pelajaran demi mencapai cita-cita bergelar graduan universiti. Anda sendiri boleh melihat kan bagaimana luahan hati graduan wanita ini yang merasakan masa depannya kelam akibat tidak mendapat pekerjaa yang sesuai dengan kelayakannya. Maka, terpaksalah graduan wanita ini meneruskan rutin hariannnya sebagai cashier walaupun jauh di sudut hatinya menyimpan hasrat untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Gaji yang diterimanya hanyalah bersandarkan pada kelayakan SPM yang dimilikinya, seolah-olah ijazah yang dimiliki tidak dipandang pun oleh majikannya selain tidak dibenarkan untuk membuat kerja lebih masa (over time). Nampak kan, gaji yang diterima hanyalah bersandarkan kelayakan SPM, jadi apa gunanya graduan ini merantau jauh mencari ilmu selain menghabiskan tempoh pengajian selama empat tahun?


Soalnya di sini,penulis bukan bermaksud untuk mempertikaikan takdir dan rezeki. Itu semua kerja Tuhan dan di bawah pengetahuan manusia. Tetapi sebagai manusia yang dibekalkan akal fikran yang waras, bagaimanakah kita memaksimumkan penggunaannya supaya senario seperti ini tidak terjadi kepada kita di kemudian hari. Bersediakah kita untuk berhadapan situasi yang sama dengan graduan wanita ini sekiranya kita ditakdirkan untuk mengalami nasib yang serupa? Bagi bakal graduan yang sudah mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagan, you've made the right choice! Good job! Situasi sekarang ini tidak boleh hanya mengharapakan kerja makan gaji sahaja kerana peluang pekerjaan sekarang ini amat terhad. Gunakanlah minat selain kelebihan yang dimiliki untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Ciptalah peluang pekerjaan supaya situasi jobless ini dapat diatasi pada masa akan datang. Jangan berpandangan negatif sekiranya ada di antara kita yang menyatakan hasrat untuk berniaga. Ketahuilah bahawa 9/10 rezeki adalah datang daripada perniagaan. Mulakanlah apa-apa jenis perniagaan sekali pun, supaya kita semua tidak berhadapan situasi yang sama dengan graduan wanita ini. Bagi mereka yang tidak meminati dunia perniagaan, terpulanglah kepada anda bagaimana untuk merencanakan masa depan. Pilihan di tangan anda! Perniagaan merupakan jalan terbaik untuk mencipta pekerjaan bukan hanya mengharapkan kerja makan gaji sahaja.


Sebenarnya terlalu banyak kisah yang ingin dikongsikan bersama anda semua. Tetapi disebabkan kekangan masa dan limitasi ruang dalam blog picisan ini, penulis terpaksa mengundur diri dahulu. Diharapkan sedikit perkongsian ini membantu anda di luar sana untuk merencanakan masa hadapan demi impian kita bersama.

Renung-renungkan lah kata-kata penulis ini, mungkin ada kebenaran di sebaliknya. Terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Bagi anda yang mempunyai kisah atau pandangan yang mempunyai kaitan dengan penulisan ini, jangan segan silu lontarkan idea anda di ruangan kotak di bawah ini. Sehingga beretemu kembali!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

Jangan lupa support, just click,click and click iklan nuffnang! Bukan senang nak lontarkan idea dalam blog ini.support me!

Thursday 1 November 2012

Current news on 1 November 2012.

Check out this latest news! See how lucky to be Malaysian. There are still many mining activities need to be explored because Malaysia have many resources that  give benefits to all of us. Gold is the most precious metal nowadays due to the lack of mining activities caused by the limited resources. So, don't miss out to grab this precious metal everyone! Visit any Public Gold branches nearby to have one of them. Any enquries , just drop in the box below..


THANKS FOR READING!