capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Sunday 1 January 2012

Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2012....

Aktiviti pertama yang aku lakukan hari ini "menonton wayang".  Korang pernah tak dengar cerita pasal THE DARKEST HOUR tu? Aku yakin korang semua pernah dengar kan tajuk filem tu. Actually,cerita ni dah lama ditayangkan di pawagam,urmm kalau tak silap aku tahun lepas kan? Beria-ia je kan aku cakap dah lama keluar kat pawagam,padahal baru jer 4 hari cerita tu ditayangkan kat pawagam.THE DARKEST HOUR menemui peminat di pawagam pada 29 Disember 2011,tapi disebabkan kesibukan aku berstudy week (maklum la next week dah nak final exam-tapi sempat lagi update blog,hehehe) hasrat murni tu terpaksa la ditangguhkan sampai hari ni. Akhirnya,filem yang menutup tirai tahun 2011 ni berjaya jugak aku tengok.Serius,filem ni merupakan antara filem yang aku tunggu2 untuk menerjah masuk pawagam sebab aku tengok poster dengan trailer filem ni macam menarik.Aku dengan gigih ajak la member aku sorang ni teman aku tengok wayang sekali.Tak best la pulak kan tengok wayang sorang2 kan.hehehe....

THE DARKEST HOUR   mengisahkan sebuah bandar MOSCOW yang diserang oleh makhluk asing yang tidak diketahui identiti asal-usulnya. Fenomena yang berlaku pada suatu malam telah bertukar menjadi satu tragedi yang amat menakutkan bagi penduduk bandar tersebut kerana kedatangan makhluk asing yang tidak diundang ini menyebabkan berlaku satu tragedi pembunuhan beramai-ramai  secara perlahan-lahan. Lebih menakutkan lagi,keadaan makhluk asing yang muncul dalam keadaan halimunan  menyebabkan kehadirannya tidak dapat dikesan oleh penduduk bandar tersebut dan kesannya menyebabkan berlaku pembunuhan orang ramai secara diam. Serangan yang berlaku pada malam hari tersebut menyebabkan bandar MOSCOW menjadi sunyi sepi disebabkan kehilangan orang ramai secara misteri akibat serangan makhluk asing tersebut.Namun begitu,terdapat beberapa orang penduduk bandar tersebut yang terselamat daripada amukan kuasa jahat itu.Mereka yang terselamat ini mencari penyelesaian apakah motif sebenarnya serangan ini dilakukan ke atas penduduk bumi dan pada masa yang sama juga mereka bertanggungjawab menyelematkan  bandar MOSCOW daripada terus menjadi amukan kuasa asing. Mampukah mereka bertarung nyawa demi menyelamatkan bandar MOSCOW akibat kuasa jahat ini? Apakah motif sebenar serangan ini dilakukan ke atas penduduk bumi? Adakah mereka terselamat daripada menjadi mangsa amukan kuasa asing ini dan kembalikan keadaan asal bandar MOSCOW itu?Segala persoalan di atas akan terjawab setelah anda menonton filem yang dinanti-nantikan penghujung tahun 2011 ini.


Bagi mereka yang belum lagi menonton filem ini,segera lah ke pawagam berhampiran anda untuk mendapatkan jawapan  persoalan di atas. Overall,rating untuk filem ini 4/5 (not bad la kan.....).

SELAMAT MENONTON!!!!!!







 

1 comment:

  1. Bagi sesiapa yang pernah tegok filem ni,jangan lupa bagi rating untuk filem ni....

    ReplyDelete