capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Saturday 3 November 2012

Realiti Kehidupan Sebenar Selepas Bergelar Graduan Universiti



Bertemu lagi dalam entri kali ini yang lebih serius untuk tatapan kita semua, sekadar peringatan dan perkongsian bersama. Diingatkan di sini bahawa penulisan kali ini hanyalah sekadar pandangan, perkongsian idea daripada penulis sendiri di samping perjalanan hidup sebenar yang dilalui oleh segelintir graduan universiti setelah mereka menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Coretan kali ini merupakan pandangan penulis berdasarkan juga pemerhatian yang dilakukan dan penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian penulisan kali ini walaupun mungkin ada sesetengah pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis di akhir penulisan ini. Semua individu mempunyai pandangan tersendiri dan diharapkan penulisan kali ini tidak akan mendatangkan isu yang besar di kemudian hari.

Ramai di kalangan kita sebenarnya menginpikan akan melangkah ke alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tetapi, realitinya adakah apa yang kita impikan itu benar-benar menjadi kenyataan? Hakikat yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan: ramai graduan lepasan universiti sehingga kini berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Inilah realiti yang sebenar berlaku akibat lambakan para graduan sehingga memaksa ada sesetengah daripada mereka terpaksa melakukan pekerjaan sambilan (part time job) demi meneruskan kelangsungan hidup akibat tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Jangan terkejut sekiranya ada di antara mereka yang menjadikan pekerjaan cashier di mall sebagai pekerjaan sampingan walaupun sebenarnya mereka memiliki kelayakan yang tinggi untuk menjawat jawatan di bahagian pengurusan dan professional. Senario ini memang berlaku di bumi Malaysia yang bertuah ini, jangan ada pula antara kita yang mencemuh mereka kerana mereka terpaksa melakukannnya demi mencari sesuap nasi, asalkan pekerjaan yang mereka lakukan halal dan tidak melanggar batasan agama.


Cuba anda bayangkan dengan hanya berpendapatan  di bawah RM 1k sebulan, bagaimanakah mereka boleh meneruskan kehidupan? Berdasarkan cerita sebenar, seorang lepasan graduan Ijazah Fizik Industri daripada salah sebuah IPTA mengadu domba akibat pendapatannya sebagai cashier di seven eleven hanyalah RM 700 sebulan. Graduan wanita ini resah mengenangkan nasibnya di kemudian hari kerana katanya segala penat lelah, jerit perihnya untuk mendapatkan segulung ijazah selama ini seolah-olah tidak membawa apa-apa makna. Katanya lagi: adakah nilainya hanyalah RM 700/ bulan setelah empat tahun menghabiskan masa sehingga melupakan seketika keseronokan alam remaja, menelaah pelajaran demi mencapai cita-cita bergelar graduan universiti. Anda sendiri boleh melihat kan bagaimana luahan hati graduan wanita ini yang merasakan masa depannya kelam akibat tidak mendapat pekerjaa yang sesuai dengan kelayakannya. Maka, terpaksalah graduan wanita ini meneruskan rutin hariannnya sebagai cashier walaupun jauh di sudut hatinya menyimpan hasrat untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Gaji yang diterimanya hanyalah bersandarkan pada kelayakan SPM yang dimilikinya, seolah-olah ijazah yang dimiliki tidak dipandang pun oleh majikannya selain tidak dibenarkan untuk membuat kerja lebih masa (over time). Nampak kan, gaji yang diterima hanyalah bersandarkan kelayakan SPM, jadi apa gunanya graduan ini merantau jauh mencari ilmu selain menghabiskan tempoh pengajian selama empat tahun?


Soalnya di sini,penulis bukan bermaksud untuk mempertikaikan takdir dan rezeki. Itu semua kerja Tuhan dan di bawah pengetahuan manusia. Tetapi sebagai manusia yang dibekalkan akal fikran yang waras, bagaimanakah kita memaksimumkan penggunaannya supaya senario seperti ini tidak terjadi kepada kita di kemudian hari. Bersediakah kita untuk berhadapan situasi yang sama dengan graduan wanita ini sekiranya kita ditakdirkan untuk mengalami nasib yang serupa? Bagi bakal graduan yang sudah mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagan, you've made the right choice! Good job! Situasi sekarang ini tidak boleh hanya mengharapakan kerja makan gaji sahaja kerana peluang pekerjaan sekarang ini amat terhad. Gunakanlah minat selain kelebihan yang dimiliki untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Ciptalah peluang pekerjaan supaya situasi jobless ini dapat diatasi pada masa akan datang. Jangan berpandangan negatif sekiranya ada di antara kita yang menyatakan hasrat untuk berniaga. Ketahuilah bahawa 9/10 rezeki adalah datang daripada perniagaan. Mulakanlah apa-apa jenis perniagaan sekali pun, supaya kita semua tidak berhadapan situasi yang sama dengan graduan wanita ini. Bagi mereka yang tidak meminati dunia perniagaan, terpulanglah kepada anda bagaimana untuk merencanakan masa depan. Pilihan di tangan anda! Perniagaan merupakan jalan terbaik untuk mencipta pekerjaan bukan hanya mengharapkan kerja makan gaji sahaja.


Sebenarnya terlalu banyak kisah yang ingin dikongsikan bersama anda semua. Tetapi disebabkan kekangan masa dan limitasi ruang dalam blog picisan ini, penulis terpaksa mengundur diri dahulu. Diharapkan sedikit perkongsian ini membantu anda di luar sana untuk merencanakan masa hadapan demi impian kita bersama.

Renung-renungkan lah kata-kata penulis ini, mungkin ada kebenaran di sebaliknya. Terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Bagi anda yang mempunyai kisah atau pandangan yang mempunyai kaitan dengan penulisan ini, jangan segan silu lontarkan idea anda di ruangan kotak di bawah ini. Sehingga beretemu kembali!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

Jangan lupa support, just click,click and click iklan nuffnang! Bukan senang nak lontarkan idea dalam blog ini.support me!

Thursday 1 November 2012

Current news on 1 November 2012.

Check out this latest news! See how lucky to be Malaysian. There are still many mining activities need to be explored because Malaysia have many resources that  give benefits to all of us. Gold is the most precious metal nowadays due to the lack of mining activities caused by the limited resources. So, don't miss out to grab this precious metal everyone! Visit any Public Gold branches nearby to have one of them. Any enquries , just drop in the box below..


THANKS FOR READING!

Wednesday 31 October 2012

Earning dari Nuffnang

Wahhh.....hari ini dah lebih kurang tiga bulan lebih iklan nuffnang melekat kat blog aku. Bulan Julai 2012, aku dah mula pasang iklan nuffnang kat blog ini.....korang tengok lah kat bahagian atas blog ini dengan kat bahagian bawah entri....aku letakkan iklan nuffnang untuk tolong promosikan...sambil-sambil itu boleh lah generate passive income dengan menulis blog.

Jom tengok berapa earning dari nuffnang sepanjang tiga bulan lebih ini:
Bahagian Ctr dengan Amount dikaburkan untuk tujuan keselamatan....hehehe.... Total Amount itu tak ada lah mencecah tiga hingga empat angka kan, tapi untuk beginner macam aku ini pun dah kira berbaloi. 

Lagi pun aku jarang sangat update blog, memang mempengaruhi jumlah traffik ke blog ini. Follower pun tak ramai lagi. Tapi apa-apa pun, earning dari nuffnang ini merupakan first step untuk aku terus gigih mencoret sesuatu dalam blog picisan ini. Korang support lah aku, just click iklan nuffang kat atas itu.

Pagi ini ada meeting dengan  sv (supervisor) tentang final year project (FYP). Tiga minggu lepas dah present tentang progress report kat sv, hari ini giliran aku plak tengok student lain yang present. Jumpa lagi entri berikut! Jangan lupa support aku, just click iklan nuffnang itu!

Terima kasih kerana sudi membaca!

Reaksi lelaki apabila menyukai si dia

Pernah tak korang perhatikan bagaimana reaksi seorang lelaki apabila menyukai si dia. Berikut merupakan antara reaksi yang dapat diperhatikan sepanjang pemerhatian dilakukan :

1) Apabila seseorang lelaki mula menyukai si dia, perasaan gugup akan datang secara tetiba tanpa diundang. Ketika inilah korang boleh perhatikan bagaimana tindak balas seorang lelaki apabila mula berhadapan dengan si dia buat pertama kalinya. Perhatikan perkataan pertama yang keluar daripada mulut lelaki tersebut dan bagaimana nada suara yang dilontarkan. Sudah pasti lidah menjadi kelu seperti digam, nada suara pula berubah terketar-ketar memikirkan ayat pertama yang sesuai digunakan untuk memulakan perbualan.

2) Kebiasaannya lelaki yang menyukai si dia jarang bercakap secara berhadapan buat pertama kalinya. Mungkin perasaan malu masih lagi menebal at this moment. Tapi, jauh di sudut hati memang teringin sangat hendak memulakan bicara tapi apakan daya kemahiran mengayat tu belum lagi dikuasai sepenuhnya. Ketika inilah bantuan rakan sebaya lain yang sudah ada banyak pengalaman sebelum ini diperlukan. Maka, bergurulah dengan mereka sehinggalah kemahiran mengayat ni berjaya dikuasai sepenuhnya. Sambil-sambil tu mula la cari langkah lain, tanya pak cik google macam mana nak mengayat si dia.

3) Jelas kelihatan lebih-lebih lagi apabila lelaki tersebut berselisih dengan si dia di pertengahan jalan. Lutut dah start terketar-ketar, badan pula menggigil dan yang lebih parah lagi bila muka dah berubah warna jadi merah padam. Reaksi semula jadi ini bukan dibuat-buat tetapi berlaku secara natural dan spontan. Ketika ini jugalah akal jadi panjang, cepat-cepat tukar laluan supaya tidak berselisih dengan si dia. Cemas punya pasal kan......nak buat macam mana.......

4) Ada sesetengah lelaki itu akan perhatikan si dia dari jauh, Bukan tak berani nak approach, tapi dek bimbang si dia sudah berpunya, cuma perhatikan gerak geri si dia dari jauh. Mana lah tahu sudah berpunya, tak pasal-pasal dapat malu f.o.c (free of charge). At least. kalau buat macam ini kira selamat lah sikit daripada dimalukan macam itu je kan........

5) Lelaki kebiasaannya akan mengunakan orang tengah untuk mendapatkan maklumat tentang si dia.Paling senang just tanya orang yang paling rapat dengan si dia macam course mate. Masa ni lah lelaki tu cuba dapatkan contact untuk move to the next stage. Ada yang lagi extreme, ada sesetengah lelaki sanggup dapatkan profil si dia melalui mana-mana sumber yang senang didapati macam butiran diri pelajar dalam sistem maklumat pelajar.

6) Reaksi seterusnya pandai-pandai lah korang perhatikan sendiri.

Jumpa lagi entri seterusnya.

Tuesday 30 October 2012

Keluh kesah dan kehidupan pelajar fizik

Hari ini aku nak cerita sikit pasal kehidupan seorang pelajar fizik. Mungkin ramai pembaca di luar sana yang tidak mengetahui bahawa penulis blog ini merupakan salah seorang pelajar aliran sains fizik di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia yang kini berada di tahun akhir pengajian, kali ini aku nak cerita sikit la macam mana mengharungi kehidupan sebagai pelajar fizik selama hampir 4 tahun ni..... seronok ke? stressss ke? 

Hurmmm......sebenarnya ada masa kita berhadapan dengan saat-saat manis terutamanya apabila kita mendapat anugerah atas usaha sendiri selepas kita berhempas pula, bersengkang mata siang malam nak siapkan assignment dan tak kurang juga ada masa down bila tengok keputusan test/exam yang cukup-cukup makan. Waktu tu mula la kemurungan datang secara tetiba, akhirnya mandi tak basah, makan tak berselera dan fikiran pon melayang ntah ke mana. Aliran fizik bukanlah sesuatu yang mudah, dalam erti kata lain ianya memang perlukan masa untuk memahami sesuatu topik. Kadang-kadang boleh ambil masa sampai berbulan-bulan, baru lah faham isi kandungan sesuatu topik. Nampak kan bukan mudah sebenarnya nak amik jurusan fizik ni. Ada kes yang lagi parah bila dah penghujung semester, masih ada lagi bab yang tak boleh nak cover.....memang parah la nak jawab final exam. Dah akhir tahun pengajian ni, baru lah aku realize nak belajar fizik ni sebenarnya memerlukan imaginasi tinggi, kalau korang yang ada imaginasi tinggi tu kira advantage la kan..... setiap perkara perlu relatekan dengan kehidupan sekeliling kita, semua yang berlaku memang ada kaitan dengan fizik,cuma antara korang sedar atau tak je.

Dalam kes seperti ini, kalau korang gunakan kaedah analogi (perumpamaan), pembelajaran sebenarnya menjadi lebih mudah dan menyeronokan. Try gunakan analogi untuk menghubungkait sesuatu perkara dengan apa yang berlaku hari-hari dalam hidup kita, contohnya bila kita berjalan ada satu daya yang dikenali sebagai daya geseran kan. Nampak kan, konsep fizik ni berlaku dalam kehidupan seharian kita, cuma ramai orang yang tidak ambil tahu pasal apa yang berlaku ini ada kaitan dengan konsep fizik sebenarnya. Kalau tak ada daya geseran, boleh ke korang berjalan? Nampak mudah kan, tapi itu hanya melibatkan prinsip dan teori sahaja, but when it comes to calculation part, things get worse......hahaha....betul, some problems until now remains unsolved due to the complicated calculation especially when it needs special skills to integrate and differentiate. Waktu tu mula la peluh mula membasahi dahi, tangan pula dah start mengigil, pen pun dah tak grip dengan betul lebih-lebih lagi waktu final exam. At that moment, your skill will be tested whether are you qualified enough to be a physics student or not. That's based on my experience la, don't lie to yourself.hehehe. 

But, that's the best experience because at one point you need your critical thinking to solve some ridiculous problems, and some of them will try to produce their own theory or assumption just to verify their final answer. See how physics student try to be genius by producing their own assumption. The best thing here when some assumptions were acceptable and logic based on our limited knowledge at this moment. Tengok kan aku dah speaking panjang lebar ni, baru perasan tadi aku dah rojak-rojakkan dalam penulisan kali ni. As long as you can understand, nothing wrong right? Seronok plak bila teringat fight-fight manja dalam discussion group hanya untuk suruh group members lain accept dengan jawapan kita kan. You know what this time you should use your skill just to persuade others to agree with you. We always fight so that the best person wins. But, fight for good la.....not physical touch involves! Use your voice tone according to level appropriate with discussion. See, a lot of skills required to be physics student. Believe me most of physics students are really creative in such a way that they are try to make any excuses so that they can escaped.....hahaha...just joking! No hurt feeling.....

I think i should pen off right now.....got something to do......any comments related to the topic above, just drop in the box below. Hope all of you enjoying my entry this time and thanks for your time reading this entry! See you next entry.....bye!

P/s:  Maaf penggunaan bahasa rojak dalam penulisan kali ini. Harap korang semua terhibur. Jumpa lagi!

Sunday 28 October 2012

Bagaimana Untuk Menarik Wang Ke Dalam Kehidupan Anda?

Entri kali ini berkait rapat tentang bagaimana cara untuk menarik wang ke dalam kehidupan anda, sesuai untuk golongan pembaca di luar sana yang masih lagi tercari-cari jalan untuk mendaparkan pendapatan pasif dalam  usaha untuk mencapai matlamat financial freedom. Perkongsian dalam entri ini hanyalah berdasarkan bacaan penulis sendiri selain sedikit cetusan idea daripada penulis sendiri untuk menjadikan entri ini mudah difahami dan mesej berjaya disampaikan kepada pembaca semua.

Langkah pertama untuk menarik wang dalam kehidupan kita adalah sentiasa berfikiran positif dan jauhkan diri daripada berfikiran negatif. Sekiranya anda tidak mempunyai wang yang banyak sekarang ini, perkara pertama yang mungkin anda perlukan adalah untuk mengubah proses pemikiran anda. Apabila anda lihat apa-apa yang telah berlaku dalam kehidupan anda, kemungkinan ada dua perkara di sebaliknya. Salah satunya adalah perkara positif dan yang lagi satu adalah perkara negatif. Sekiranya anda sentiasa boleh berfikiran positif terlebih dahulu, sudah semestinya anda mampu untuk menjauhkan diri daripada berfikiran negatif.


Buanglah perasaan negatif anda sebanyak yang boleh. Lakukan satu tindakan yang anda sedar untuk mencari nilai-nilai positif dalam setiap perkara kerana nilai-nilai negatif ini sebenarnya mampu untuk menganggu gugat perkara-perkara positif yang berlaku di sekeliling kita. Ingatlah bahawa anda sentiasa boleh mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu  perkara positif di sebalik berhadapan situasi yang sukar. Apabila anda berada dalam keadaan minda yang negatif, anda sebenarnya tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah. Tiada masalah yang berjaya diselesaikan bermakna tiada wang untuk anda. Wang hanya akan datang kepada anda apabila anda menambah nilai ke dalam kehidupan seseorang.

Seterusnya, sentiasa mengemaskini kitaran rakan-rakan anda secara konsisten. Anda perlu meluangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang satu peringkat lebih tinggi daripada anda. Apabila anda bergaul dengan orang yang lebih berjaya daripada anda, pada penghujungnya anda akan dapati pada satu peringkat anda berada pada tahap yang sama dengan mereka. Cuma yang menentukannya adalah masa. lambat atau cepat. Banyak perkara yang anda akan belajar di mana sebelum ini anda tidak ketahui. Anda akan mempunyai lebih banyak penasihat untuk dicari apabila anda berhadapan rintangan atau menceburi dunia perniagaan. Kemudian, anda akan dapati peluang untuk membuat wang akan sentiasa datang kepada anda, dan pada satu peringkat anda akan sedar bahawa ianya mudah untuk membuat lebih banyak wang. Dan ketika itulah wang akan tertarik kepada anda!

Perkara di atas hanya akan berlaku apabila anda mengubah tabiat buruk anda kepada yang lebih produktif. Sekiranya anda mempunyai tabiat menonton televisyen setiap malam selepas makan malam, berhenti dan tukar kepada perkara-perkara yang lebih membina seperti belajar perkara baru dengan cara menonton video program latihan atau dokumentari yang penuh dengan informasi. Sekiranya anda membaca berita hiburan dalam akhbar, alihkan perhatian anda seketika kepada berita kewangan, Jika anda adalah seseorang yang sentiasa menunggu ke saat-saat akhir untuk melaksanakan satu tugasan yang produktif, buangkan tabiat tersebut dan lakukan SEKARANG!

Dalam usaha untuk membuat lebih banyak wang dan menarik kekayaan, anda perlu mempunyai tabiat yang sihat dan produktif, Anda perlu sentiasa kekal positif sepanjang masa supaya anda boleh maju selangkah ke hadapan dalam masyarakat dan bergaul dengan orang yang lebih berjaya. Dengan menanam tabiat yang produktif, anda akan menolak sempadan zon selesa sendiri dan akan menjadi seseorang yang lebih produktif yang akan menarik lebih banyak rakan-rakan berjaya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini anda di luar sana memperoleh manfaat. Apa yang penting adalah untuk mengubah cara kita berfikir dan mula melakukan tindakan. Jangan melengah-lengahkan masa dengan hanya melihat sahaja peluang yang datang tanpa melakukan sesuatu.

Wednesday 24 October 2012

Kenapa ramai orang yang gagal?



Bertemu lagi setelah lama menyepi dari dunia blog. Kesibukan sejak kebelakangan ini meyebabkan mood untuk mencoret sesuatu dalam secebis lembaran ini jatuh merundum sebagaimana jatuhnya harga emas pasaran dunia. Memang sejak akhir-akhir ini harga emas di pasaran dunia telah mengalami sedikit penurunan disebabkan oleh faktor penawaran dan permintaan pasaran dunia yang tidak menentu. Walau bagaimana pun, situasi ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada anda di luar sana untuk mula berjinak-jinak dan mengenali dunia pelaburan emas fizikal. Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk memiliki seberapa banyak yang mungkin emas fizikal untuk keuntungan jangka masa panjang. Bagi yang sudah pun memiliki emas fizikal, situasi ini sememangnya tidak berpihak kepada anda kerana bagi sesetengah anda mungkin keuntungan tidak diperolehi pada masa terdekat ini disebabkan oleh kejatuhan harga emas pasaran dunia semasa. Tetapi, jangan khuatir kerana kejatuhan harga emas ini hanyalah bersifat sementara dan pulangan jangka masa panjang pasti akan membuatkan anda tersenyum lebar di kemudian hari. Matlamat pelaburan emas fizikal ini perlulah realistik yakni untuk pulangan jangka masa panjang antara tiga hingga lima tahun. Kepada anda di luar sana yang ingin membuat penambahan stok emas fizikal pula, bersegeralah ke cawangan Public Gold yang berdekatan sementara harga emas yang berada pada paras yang anda mampu miliki. Jangan biarkan peluang yang ada ini berlalu begitu sahaja dengan hanya melihat sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan.

Kita tinggalkan seketika cerita berkaitan emas. Berbalik kepada tajuk entri di atas: Kenapa ramai orang yang gagal? Faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan seseorang adalah kerana gagal untuk merancang. Perancangan merupakan satu titik tolak yang terlalu penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Bagaimana cara kita sendiri merencanakan perancangan menunjukkan kesungguhan kita untuk mencipta kejayaan. Ramai dalam kalangan kita tidak terlalu mengambil perhatian dalam soal perancangan. Perlu diingatkan bahawa gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Langkah pertama untuk mencipta sesuatu kejayaan adalah dengan membuat perancangan secara lengkap dan menyeluruh. Perancangan yang dimaksudkan di sini termasuklah hal-hal berkaitan pendidikan, kewangan, perkahwinan dan seumpamanya. Sebagai contoh, sesuatu perancangan berkaitan kewangan misalnya perlulah ditulis di atas kertas secara terperinci supaya ianya mudah dilihat dan bukan hanya berdasarkan imaginasi minda. Apabila perancangan ini ditulis secara jelas, minda kita juga akan lebih fokus untuk mencipta sesuatu kejayaan dan apa yang lebih penting kesungguhan dan semangat itu akan wujud secara tersendiri dan ini akan memberikan pemangkin kepada diri sendiri untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan dating. Sebenarnya, tanpa perancangan yang jelas ini merupakan antara salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan seseorang. Semua orang berhak untuk mencipta kejayaan yang hebat, tapi ramai antara kita yang mengambil sikap enteng tentang soal perancangan. Merancanglah untuk mencipta kejayaan yang luar biasa!
Semoga apa yang dikongsikan pada entri kali ini menjadikan salah satu batu loncatan kepada pembaca di luar sana untuk terus mencipta kejayaan. Jangan takut untuk mempunyai impian yang besar, apa yang penting impian kita itu perlulah selari dengan apa yang dirancang. Ingatlah bahawa perancangan merupakan titik tolak kepada kejayaan seseorang. Merancanglah untuk masa hadapan anda. Sehingga bertemu lagi pada entri seterusnya. Selamat maju jaya!

Sunday 30 September 2012

Semakin ramai yang celik EMASSSSS

Assalamualaikum.....

Hari ini mood nak update blog datang lagi....rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan apa, sejak seminggu ni semakin sibuk dengan urusan hidup yang entah bila akan habis kan..bunyi lain macam je kan? Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku sejak seminggu lepas, ada yang manis untuk dikenang, tak kurang ada juga yang pahit untuk ditelan. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Walau sesusah mana pun untuk teruskan kehidupan, jiwa kena kental untuk mengatasi setiap permasalahan yang hadir dalam hidup kita bertubi-tubi seolah tidak menunjukkan tanda-tanda bilakah ianya akan berakhir.



Macam-macam perkara lah yang berlaku minggu lepas. Penat tu jangan cakap la. Biasa la, stiudent life kan,assignment,tutorial, test dan yang paling memeningkan kepala ni projek tahun akhir. Kalau ada kesempatan, aku akan update lagi tentang projek tahun akhir tu. Kita lupakan seketika permasalahan tu, sekarang ni fokus kita kepada tajuk di atas. Ya, semakin ramai yang celik pasal emasss. Dan semakin ramai juga orang yang bercerita pasal emas. Sememangnya emas merupakan topik perbualan yang hangat dibincangkan kebelakangan ni. Akbar-akhbar utama pun tidak melepaskan peluang untuk memuatkan berita berkaitan emas. Nampak kan, emas mula menjadi perhatian ramai orang sejak dua menjak ni kan. Disebabkan berlaku peningkatan harga emas sejak beberapa bulan lepas, ramai orang sudah mula beralih perhatian kepada pelaburan emas. Mereka mula berkira-kira untuk memulakan langkah pertama untuk terlibat dalam pelaburan emas. Itu menunjukkan tanda positif bahawa masyarakat kita sekarang ini sudah mula sedar pulangan yang agak lumayan dalam pelaburan emas.


Oh ya, baru-baru ini seorang rakanku juga turut memulakan langkah pertama dalam pelaburan emas. Berbekalkan 1 dinar emas (4.25 g), langkah berani ini menunjukkan bahawa seorang pelajar universiti juga turut mampu menceburi bidang pelaburan emas ni. Dengan keinginan yang kuat di hati, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi. Asalkan langkah pertama (tindakan) perlu dilakukan, bukan sekadar omongan kosong sahaja. Sebenarnya, semua orang mampu untuk memiliki dinar emas, tidak mengira usia,pangkat dan jantina sekali pun. Jika kehendak itu datang dari hati yang tekad, semuanya akan dipermudahkan. Buktinya sudah jelas apabila rakanku ini juga dapat melihat pulangan yang agak lumayan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Ayuh, kepada anda di luar sana, bersegeralah untuk memiliki emas (walaupun sekeciil 1 dinar emas) memandangkan harga emas yang masih lagi anda mampu miliki berbanding dalam 2 atau 3 tahun akan datang. 


Cukuplah sekadar perkongsian ini untuk tatapan pembaca di luar sana. Pada entri berikut,aku akan ceritakan bagaimana 2 dinar emas boleh bertukar menjadi 10 g emas. Jangan lupa untuk mengikuti entri berikut.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

Sunday 23 September 2012

Beli Dinar EMAS Untuk Langsaikan Hutang PTPTN

                                                                  Assalamualaikum

Tengok je tajuk kat atas tu macam pelik je kan bunyinya...hehehe....beli dinar emas untuk langsaikan hutang PTPTN? Betul ni.....beli dinar pun mampu untuk langsaikan hutang PTPTN. Eh,jap.... pasal entri sebelum ni nanti la aku ceritakan sambungannya. Bukan apa, tetiba hari ni dapat idea untuk menulis blog pasal emasssss....

Oh ya,berbalik pada topik kita,di bawah ini akan dikongsikan bagaimana dengan hanya membeli dinar emas anda mampu untuk melangsaikan hutang PTPTN. Tips yang bakal dikongsikan ini sangat mudah dan hanya perlu dipraktikkan untuk kesenangan pada masa hadapan. Dan yang paling penting tips ini sesuai untuk golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Katakanlah seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti kursus sepenuh masa di IPT selama 4 tahun (ni untuk pelajar yang mengambil jurusan ijazah sahaja), mampu memulakan pelaburan dalam emas seawal memulakan pengajian pada semester pertama lagi. Bermakna,mereka mempunyai 8 semester untuk menghabiskan pengajian (ni hanya untuk kes bagi mereka yang tidak mengulang semester) di IPT. Tipsnya cukup mudah,anda hanya perlu peruntukkan satu dinar emas sahaja bagi setiap semester. Mudah kan? Cukup hanya satu dinar emas (sekurang-kurangnya),lagi banyak lagi bagus. Ini hanya untuk permulaan sahaja bagi mereka yang mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan emas. Secara tidak langsung,pada penghujung pengajian anda sudah memiliki sekurang-kurangya 8 keping dinar emas (ni hanya anggaran sahaja untuk pembelian minimum 1 dinar emas untuk setiap semester) seperti di bawah:

Semester 1: 1 keping dinar emas
Semester 2: 1 keping dinar emas
Semester 3: 1 keping dinar emas
Semester 4: 1 keping dinar emas
Semester 5: 1 keping dinar emas
Semester 6: 1 keping dinar emas
Semester 7: 1 keping dinar emas
Semester  8: 1 keping dinar emas

* 8 keping dinar emas untuk 4 tahun pengajian. Banyak tu...
Secara asasnya, anda hanya perlu memperuntukkan RM 700- RM 800 setiap semester bagi pembelian dinar emas. Harga ini hanyalah anggaran sahaja bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Kita sedia maklum bahawa harga emas meningkat secara puratanya 25% hingga 30% setahun.ya,setahun.banyak kan? Bermakna,selepas 4 tahun pengajian anda harga dinar emas yang anda miliki meningkat antara 100% hingga 120% .Satu pulangan yang agak lumayan jika dibandingkan instrumen pelaburan yang lain. Dengan pulangan ini anda mampu sebenarnya untuk melangsaikan hutang PTPTN. Lagi banyak anda miliki lagi tinggi pulangannnya. Apa-apa pun bergantung kepada bajet anda,daripada membeli barang-barang yang bukan keperluan seperti gajet,apa kata anda laburkan sedikit wang anda kepada instrumen pelaburan seperti emas ini. Banyak faedahnya untuk pelaburan jangka panjang.

Rasanya cukup dulu setakat ini untuk tips bagaimana untuk melangsaikan hutang PTPTN dengan hanya melalui pembelian dinar emas. Semoga apa yang dikongsikan ini mampu dipraktikkan kepada pelajar-pelajar di luar sana yang masih lagi tercari-cari bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan pada jangka masa panjang. Apa yang penting ialah TINDAKAN! Mulakanlah SEKARANG.....selamat maju jaya!

P/s: Sebarang persoalan,tinggalkan di ruangan komen atau email kan pertanyaan anda ke Capstarz@yahoo.com.

Sunday 16 September 2012

Macam-macam cerita.....

Fuhhhhh........sudah bersawang blog aku ni...bukan disebabkan idea untuk menulis blog tiada,tapi disebabkan mood untuk berblog merundum sampai ke tahap paling bawah a.k.a malas...hehehe....

Banyak perkara yang ingin aku kongsikan kepada para pembaca blog sekalian tentang perjalanan hidup aku selama beberapa bulan lepas sejak entri terakhir. Dalam menempuh tempoh tersebut,tidak dapat dinafikan banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi dan kenangan tersebut sebenarnya banyak mengajar erti kehidupan yang sebenarnya. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini,namun ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan kepada anda semua beberapa perkara yang manis untuk dikenang sepanjang tahun 2012. Syukur alhamdulilah segala perit jerih yang aku alami sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain akhirnya mula menunjukkan hasilnya kebelakangan ini. Benarlah kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Itulah prinsip yang aku pegang sejak dulu sehingga kini dan insyaAllah pada masa akan datang. Oh ya.tentang perkara-perkara manis yang berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan lepas tu,nanti aku buat entri khas dan akan diperincikan satu persatu. Dalam entri kali ini,aku cuba untuk menaikkan mood kembali setelah lama menyepi daripada dunia blog. Pada penghujung entri nanti,aku akan bagi tahu apa perkara-perkara manis yang berlaku sepertimana yang aku bagi tahu sebelum ini.

Entri kali ini hanyalah untuk mengingatkan para pembaca sekalian tentang liku-liku perjalanan hidup sebagai seorang pelajar. Tidak dapat dinafikan lagi setiap orang mempunyai cabaran mereka tersendiri dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar. Tetapi apa yang aku ingin tekankan kat sini sesusah mana pun cabaran yang kita hadapi,pasti ada jalan keluar. Yang penting berikan sedikit kepercayaan kepada diri sendiri untuk terus berjuang menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar kebelakangan ini. Percayalah setiap kesusahan itu ada kemudahannya. Jangan biarkan diri anda untuk terus berputus asa tanpa melakukan sesuatu untuk keluar dari kepompong masalah yang membelenggu diri sendiri. Cekalkan diri,tabahkan hati,percaya kepada diri sendiri,pasti ada jalan keluar dan sinar cahaya di penghujungnya. Apa yang aku kongsikan ini pun berdasarkan pengalaman sendiri setelah melihat kesusahan selama ini akhirnya mula menunjukkan ruang-ruang kejayaan seperti diimpikan.

Seperti yang dijanjikan pada penghujung entri, berikut merupakan antara perkara-perkara manis untuk dikenang sepanjang tahun 2012:
1) Menjalani latihan industri di agensi kerajaan (banyak kenangan pahit manis kat sini....hehehe)
2) Keputusan semester lepas (alhamdullilah dapat Anugerah Dekan-semoga berkekalan sehingga semester hadapan)
3) Harga emas (pelaburan yang aku lakukan mula menunjukkan hasil...alhamdulilah balik modal + untung) mencanak naik dijangka sehingga ke penghujung tahun ini.
*Banyak lagi perkara manis yang berlaku sebenarnya,tapi cukuplah perkara di atas untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian. 

Pada entri seterusnya,akan diperincikan satu persatu perkara-perkara di atas. Sehingga bertemu lagi pada entri berikut.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

P/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang pelaburan emas, jangan segan-segan tinggalkan persoalan anda di ruangan komen atau ajukan persoalan anda ke Capstarz@yahoo.com. Persoalan anda akan dijawab dan kemusykilan anda pasti akan terjawab.

Wednesday 25 July 2012

TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini,aku akan kongsikan lagi beberapa tips kepada pengunjung blog ini yang ingin merancang kewangan mereka. Berikut merupakan antara langkah yang anda boleh lakukan untuk merancang kewangan:


5) Beli barangan keperluan apabila ada JUALAN MURAH.

Tips ini merupakan antara langkah yang paling efektif bagi mereka yang ingin merancang kewangan kerana ianya mampu menjimatkan perbelanjaan harian anda seterusnya membantu menyimpan lebihan wang daripada membeli barang-barang yang bukan untuk tujuan keperluan diri. Kebiasanya,jualan murah ini akan diadakan setiap tahun (penghujung setiap tahun) dan pada waktu ini lah masa yang paling sesuai bagi anda di luar sana untuk membeli barang-barang keperluan kerana harga yang ditawarkan untuk setiap barang keperluan misalnya pakaian amat berpatutan selepas potongan diskaun diberikan. Gunakanlah kesempatan dan ruang yang ada ini untuk memborong barang-barang keperluan dalam kuantiti yang banyak seperti untuk digunakan dalam tempoh setahun supaya wang yang anda keluarkan itu berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sebelum itu,jangan lupa buat simpanan terlebih dahulu setiap bulan untuk membeli barang-barang keperluan pada penghujung setiap tahun.Dengan cara ini,anda mampu melihat sendiri berapakah wang yang anda perlu keluarkan untuk membeli barang-barang keperluan pada pertengahan tahun jika dibandingkan apabila anda membeli barang-barang keperluan pada setiap penghujung tahun.Sudah pastinya berlaku penjimatan yang sangat besar jika anda melakukan teknik di atas, Rancanglaah kewangan anda sebaik mungkin supaya lebihan wang daripada pendapatan anda dapat disimpan dan seterusnya dapat digunakan untuk tujuan pelaburan.Tetapi harus diingatkan teknik ini hanya sesuai untuk barang-barang keperluan yang tahan lama tempohnya misal pakaian dan teknik ini tidak sesuai untuk barang keperluan seperti makanan.Maka rajin-rajinkanlah diri untuk mendapatkan info terkini di manakah anda boleh mendapatkan barang-barang keperluan pada harga TERENDAH. Selamat mencuba!


6)Beli barangan secara TUNAI.

Ini merupakan masalah utama yang menghimpit rakyat Malaysia kebelakangan ini.Tidak perlu sebenarnya menuding jari siapakah yang perlu dipersalahkan dalam soal ini.Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka berhutang untuk mendapatkan sesuatu barangan terutamnya bagi golongan muda yang ingin mendapatkan gajet terkini.Sebagai jalan yang paling mudah mereka akan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan gajet-gajet tersebut.Mereka terpaksa berhutang untuk mendapatkan barang idaman,bak kata orang biar papa asal bergaya.Lambakan instititusi yang menawarkan pinjaman unttuk mendapatkan barang keperluan selain syarat yang ditawarkan juga agak longgar mendorong ramai orang di luar sana memilih jalan singkat dengan cara berhutang.Membeli brangan secara ini menunjukkan bahawa tahap kewangan mereka cukup lemah sehingga terpaksa berhutang untuk mendapatkannya.Oleh itu,janganlah mengamalkan sikap seumpama ini kerana statistik menunjukkan  ramai golongan muda diisytihrakan muflis akibat ketidakmampuan untuk membayar balik hutang kad kredit.Belilah barangan secara tunai walaupun terpaksa mengambil tempoh yang agak lama untuk mendaptkannya.


Diharapkan sedikit perkongsian ini mampu membantu anda untuk merancang kewangan supaya dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang. Bertindaklah SEKARANG agar anda dapat mencapai impian ke arah yang lebih baik. SELAMAT MAJU JAYA!

HARGA EMAS MELAMBUNG NAIK HARI INI

Bertemu lagi kita dalam entri keluaran khas berkenaan emas.....


Hari ini aku mendapat perkhabaran yang baik apabila harga emas meningkat pada kadar yang agak tinggi berbanding sebelum ini. Bagi mereka yang memiliki emas fizikal sudah pastinya tersenyum girang apabila mendapat perkhabaran ini dan ada sebahagian daripada mereka mula mengatur langkah untuk menjual emas yang dimiliki bagi memaksimumkan lagi keuntungan mereka. Ada pula sebahagian daripada mereka mula memerhatikan pergerakan turun naik harga emas pasaran dunia dari semasa ke semasa sebelum bertindak membuat keputusan menjual emas yang mereka miliki. Apa-apa pun strategi mereka,dapat diperhatikan harga emas kini meningkat secara mendadak disebabkan oleh ketidaktentuaan ekonomi dunia terutamanya negara-negara Eropah yang mula menunjukkan simptom-simptom ketidakstabilan ekonominya disebabkan krisis hutang yang berpanjangan dan sehingga kini seolah-olah tiada jalan keluar untuk mengatasinya. Sebagai langkah drastik,kerajaan negara-negara tersebut mula beralih arah ke arah pemilikan emas fizikal sebagai jaminan daripada sebarang kesan inflasi disebabkan oleh penurunan nilai wang kertas kerana wang kertas sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai jika dibandingkan dengan emas.Secara ringkas,apabila permintaan terhadap emas ini meningkat,secara automatik harga emas akan naik disebabkan permintaan melebihi bekalan.Ini menunujukka bahawa kebanyakan negara telah mengambil langkah awal dengan memiliki emas sebagai jaminan dan disebabkan itu harga emasa pasaran dunia meningkat secara mendadak kebelakangan ini.Bagi mereka di luar sana bersegeralah untuk memiliki emas fizikal demi keuntungan jangka masa panjang.Semoga dengan perkongsian ini anda di luar sana mula mengorak langkah untuk menceburkan diri dalam pelaburan emas.Mulakan SEKARANG! Semoga berjaya......


P/s: Dapatkan tips perancangan kewangan dalam entri seterusnya....

Sunday 22 July 2012

TIPS berikut (sambungan)

Seterusnya anda haruslah:

 

3) MENYIMPAN sekurang-kurangnya 10 % daripada pendapatan. Lagi tinggi peratusan anda menyimpan lagi baik.Jumlah 10% ini hanyalah jumlah minimum wang yang anda perlu ketepikan sebelum melakukan sebarang perbelanjaan.Sebagai contoh pendapatan bersih bulanan anda RM 2000,bermakna anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 200 (10% daripada pendapatan bersih bulanan).Begitulah seterusnya bergantung kepada jumlah pendapatan yang anda terima setiap bulan. Seperkara lagi,jumlah wang yang anda simpan ini perlulah realistik berdasarkan kemampuan diri sendiri dan jangan sesekali membandingkan wang yang anda simpan dengan jumlah wang simpanan orang lain.Biarlah kita mengukur baju di badan sendiri kerana kita tidak boleh sesekali bertindak melampaui batas kemampuan kita kerana dikhuatiri akan merana di kemudian hari.Lain orang lain caranya,tetapi kita perlulah berpijak di bumi yang nyata.Jika dilihat jumlah RM200 itu hanyalah jumlah yang kecil,walaubagaimanapun sekiranya digandakan dalam tempoh setahun wang yang anda kumpul pada penghujung tahun berjumlah RM2400.Itu merupakan satu angka yang menunjukkan perkembangan positif kerana pada peringkat permulaan anda berjaya menanam sikap suka menabung.Bukan semua orang mampu melangkah hingga ke peringkat ini kerana perlu diingatkan sekali lagi DISIPLIN merupakan tunggak utama untuk mencapai matlamat asal anda.Dengan disiplin ini juga,anda jangan sesekali cuba mengeluarkan wang yang anda simpan walaupun untuk tujuan terdesak.Ingat matlamat asal anda menyimpan wang.Jangan biarkan diri sendiri sewenang-wenangnya mengeluarkan wang yang telah lama anda simpan setelah bersusah payah sehingga ke tahap tersebut.

 

4)Wujudkan tabung khas untuk KECEMASAN. Ya,anda perlulah mewujudkan satu tabung khas untuk tujuan terdesak atau dalam kata lain untuk tujuan kecemasan. Tabung yang diwujudkan ini pula bergantung kepada keperluan diri sendiri untuk satu jangka masa yang anda sendiri tetapkan dan sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan ke atas.Sebagai contoh,keperluan bulanan anda adalah RM 500,jadi anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM3000 (RM500 x 6 bulan) di dalam tabung khas yang anda wujudkan sendiri.Jumlah ini merupakan jumlah yang anda perlu tetapkan sendiri berdasarkan keperluan dan perbelanjaan bulanan anda.Selain itu,tabung khas ini bolehlah digunakan untuk tujuan yang anda perlukan tunai dengan segera seperti untuk tujuan penyelenggaraan kereta dan sebagainya.Jangan sesekali cuba mengusik wang yang telah anda simpan sebelum ini.Gunakanlah tabung khas ini secara berhemah dan jangan lupa membuat sedikit peruntukan sebelum mengeluarkannya.

Semoga dengan perkogsian ini mampu menjadi titik tolak kepada anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari kaedah berkesan untuk merancang kewangan.Jangan lupa ikuti tips berikut berkaitan perancangan kewangan dalam entri seterusnya.



SELAMAT MENCUBA!

Saturday 21 July 2012

TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini.sedikit perkongsian ikhlas bagi anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari tips bagaimana untuk merancang kewangan.Tetapi perlu diingatkan di sini bahawa jumlah wang yang anda terima setiap bulan (termasuk lah gaji,elaun.perniagaan dan sebagainya) tidaklah begitu penting,sebaliknya bagaimana anda menguruskan kewangan merupakan langkah yang TERPENTING untuk mencapai matlamat asal anda.Baiklah di bawah ini merupakan apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk merancang kewangan:

1)Setelah anda menetapkan matlamat anda (berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan pelaburan) anda perlulah menyediakan satu buku khas (tidak kira lah buku log atau pun buku 555) sebagai panduan kepada anda untuk menguruskan kewangan melalui teknik yang betul.Di dalam buku tersebut,perlulah dinyatakan dengan JELAS dan TERPERINCI berapakah wang yang anda terima(jumlah kasar).tarikh,masa,perbelanjaan(perbelanjaan ini juga perlu dinyatakan dengan jelas tujuannya dan berapakah jumlah wang yang dikeluarkan untuk tujuan tersebut).Setelah semua ruangan ini telah diisi di dalam buku tersebut,sediakan satu ruangan khas di setiap penjuru buku tersebut yang dinamakan sebagai ruangan simpanan.Ruangan simpanan ini merupakan berapakah wang yang tinggal setelah wang yang anda terima itu ditolak dengan wang yang anda keluarkan untuk tujuan perbelanjaan(wang yamg terima-wang yang dibelanjakan).Ruangan ini perlulah direkodkan setiap hari untuk memastikan ke manakah wang yang kita terima dibelanjakan.Dengan ini,kita dapat memastikan wang yang kita belanjakan ke arah yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat memastikan tidak berlaku pembaziran kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

2)DISIPLIN! Ya.disiplin merupakan antara tindakan yang perlu anda lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai.Tanpa disiplin sudah pastinya matlamat anda akan terkubur begitu sahaja.Untuk memastikan kita sentiasa berdisiplin untuk menyimpan wang,perlulah ditetapkan MATLAMAT asal anda yang jelas di dalam diri sendiri untuk setiap waktu.Melalui cara ini.minda kita akan lebih terfokus kepada matlamat asal dan sudah pastinya kita akan membelanjakan wang secara berhemah kerana dikhuatiri berlakunya pembaziran kepada perkara-perkara yang boleh membantutkan usaha kita untuk mencapai matlamat. Langkah ini merupakan perkara yang nampak mudah luarannya tetapi hakikatnya masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak mampu dan konsisten untuk menyimpan setiap lebihan wang mereka.KENAPA? Jawapannya mudah: TIADA DISIPLIN dalam diri sendiri. Oleh itu,perlulah disiplin ini dibentuk secara perlahan-lahan di dalam diri sendiri,nescaya lambat laun ianya akan mejadi salah satu tabiat dalam jangka masa yang panjang.Jadi,apa lagi? Mulalah bertindak sekarang! Ingat DISIPLIN!

Baiklah.cukup setakat ini sahaja tips-tips untuk merancang kewangan.Jumpa lagi dalam entri berikut tentang tips yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian.

Thursday 19 July 2012

PERANCANGAN KEWANGAN

Bertemu lagi kita dalam entri seterusnya.....

 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan rupanya,sememangnya bulan ini merupakan bulan yang sememangnya dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia dan juga di Malaysia.Cepatnya masa berlalu kan....semoga hari-hari yang kita lalui sebelum ini mendatangkan manfaat kepada kita pada masa akan datang.Percayalah apa yang kita lakukan hari ini akan membuahkan hasil di kemudian hari cuma yang membezakan hanyalah tempoh masa yang kita akan tuai hasilnya berkat kegigihan usaha kita selama ini tanpa mengenal erti putus asa. Begitu juga kalau kita kaitkan dengan soal perancangan kewangan,makin cepat kita ambil tindakan ke atas perancangan(kewangan) maka makin cepatlah kita akan tuai hasilnya.Walaupun aku sedar aku bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan soal kewangan.tapi diharapkan sedikit perkongsian ikhlas ini dapat memberikan info serba sedikit bagaimana untuk merancang kewangan untuk keselesaan kita pada masa akan datang.Dan aku percaya semua manusia di atas muka bumi ini pernah merasai permasalahan yang berkaitan soal kewangan melainkan mereka yang mewarisi kekayaan dari generasi terdahulu sudah pasti tidak akan berada di dalam situasi seumpama ini.Baiklah.apa yang paling penting dalam merancang kewangan ini,langkah pertama anda(diri sendiri) perlulah menetapkan berapkah jumlah wang yang diperlukan(perlu spesifik kuantitinya) untuk kegunaan pada masa hadapan.Lain orang lain jumlahnya bergantung kepada matlamat asal seseorang.Kegunaan wang untuk tujuan pendidikan sudah semestinya berbeza jumlah yang diperlukan jika dibandingkan dengan kegunaan wang untuk tujuan pelaburan.Begitulah perbezaan yang ringkas dan mudah difahami untuk menjelaskan jumlah wang yang diperlukan oleh individu.Seterusnya langkah kedua haruslah BERTINDAK! Ya,anda harus BERTINDAK setelah menetapkan berapakah jumlah wang yang anda perlukan.Tanpa TINDAKAN sememangnya mustahil untuk mencapai perancangan yang telah kita tetapkan sebelum ini.Lagi cepat tindakan kita lagi bagus,kerana hasilnya kita akan dapat lihat dalam tempoh yang lebih singkat.Jadi.mulakanlah SEKARANG! ya SEKARANG! Tapi sebelum tu,anda pasti tertanya-tanya kan apakah tindakan yang perlu kita lakukan? Jangan bimbang,seperti  mana yang aku cakap sebelum ni,aku akan berkongsi pengalaman SENDIRI bagaimanakah untuk menguruskan kewangan dalam masa yang sama dapat mencapai impian kita. Pengalaman yang akan aku kongsikan ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang aku sendiri alami untuk mencapai impian tersebut.Apa yang aku lakukan,semuanya menjadi walaupun ada beberapa rintangan yang perlu dihadapi.Tapi aku akan kongsikan tips-tips tersebut bukan di sini,dalam entri berikut aku akan perincikan setiap tips untuk manfaat kita bersama.Jumpa lagi dalam entri berikut!


P/s:Jangan lupa dapatkan tips-tips PERANCANGAN KEWANGAN dalam entri berikut!

Tuesday 17 July 2012

Perlu ke merancang masa depan?

Bertemu lagi kita dalam entri berikut.....

 

Tetiba hari ini mood nak update blog datang....puas jugak la nk pikir apa yang nak tulis dalam blog ni....korang pernah tak buat perancangan secara terperinci pasal masa depan korang? Apa korang akan jadi dalam tempoh jangka pendek (3 tahun akan datang) dan dalam jangka masa panjang (5-10 tahun akan datang). Aku rasa ramai je antara korang ni yang dah merencanakan kehidupan pada masa depan.Bagus la kalau korang ada buat macam tu kan.Setidak-tidaknya ada jugak la jaminan apa yang akan jadi pada masa akan datang.Sekarang ni pun kita dah boleh lihat ramai antara lepasan SPM yang terus melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi termasuklah ke peringkat diploma dan ijazah.Berbekalkan kelayakan yang dimiliki ini akan memudahkan kita untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan yang kian mencabar kebelakangan ini.Tetapi harus diingatkan bahawa ilmu yang dipelajari pada tahap ini bukanlah satu jaminan yang pasti untuk memperoleh pekerjaan yang diminati sebaliknya harus disusuli dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang boleh membantu untuk mendapat pekerjaan yang diidamkan. Berbalik kepada topik di atas:perlu ke merancang masa depan? Daripada pandangan aku,memang setiap individu perlu mempunyai perancangan masa depan masing-masing.Bukan setakat perancangan sahaja,tetapi mestilah disusuli dengan perancangan yang lengkap termasuklah jangka masa yang ditetapkan dan yang paling penting apakah tindakan kita ke arah perancangan tersebut.Perancangan yang kita lakukan itu juga haruslah realistik dan dapat diterima oleh akal yang waras (bukan apa nanti diri sendiri pulak yang kecewa kerana apa yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan). Namun begitu,ada juga dalam kalangan kita ni yang tidak berapa suka merencanakan masa hadapan merekan.Bak kata mereka just go with the flow. Apa-apa pun,terpulanglah kepada individu kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri.Kita sebagai manusia perlulah menghormati pandangan mereka kan.Sampai sini je la entri untuk kali ni.

P/s:Jangan lupa ikuti entri berikut......

Sunday 15 July 2012

PELABURAN JANGKA MASA PANJANG!

PUBLIC GOLD


Pernah tak korang dengar pasal pelaburan dalam PUBLIC GOLD? Ala yang pasal jual beli emas.perak dengan barang kemas tu....urmm,bagi korang yang tak tau lagi pasal PG ni,mai sini aku nak cerita sikit pasal pelaburan ni....PG merupakan salah satu instrumen pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam jangka masa panjang.Jika sesiapa yang ingin mendapat pulangan dalam jangka masa panjang.ini lah medium yang paling sesuai untuk korang memulakan pelaburan.Pelaburan emas dalam PG ini merupakan emas fizikal tulen yang boleh didapati dalam dua bentuk:999 (24 K) dan lagi satu 916 (22K).Bagi yang mula berjinak-jinak dalam pelaburan emas ini, anda disarankan untuk membeli 1 dinar terlebih dahulu untuk medapatkan pemahaman yang lebih jelas dan menyusun strategi bagaimanakah langkah seterusnya untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi pada masa akan datang.Tetapi perlu diingatkan bahawa pelaburan emas PG ini berbentuk jangka masa panjang (bermaksud anda tidak boleh menetapkan matlamat untuk mengaut keuntungan dalam tempoh terdekat-sebagai contoh dalam masa seminggu atau sehari). Apa yang pasti.berdasarkan trend 10 tahun lepas,terdapat peningkatan dalam harga emas disebabkan oleh kejatuhan mata wang USD dan krisis ekonomi dunia termasuklah peperangan.Harga jualan emas di PG berdasarkan harga pasaran emas dunia iaitu bersandarkan nilai USD (dlm 1 onz=31.1 gram).Emas juga merupakan salah satu langkah untuk menyelamatkan mata wang kita daripada kurangnya nilai disebabkan oleh inflasi.Kebanyakan masyarakat Malaysia sekarang ini mula beralih arah untuk menceburi bidang pelaburan emas.Di PG,apabila selesai urusan jual beli emas oleh seseorang agen(pengedar) anda akan mendapat emas dalam bentuk fizikal berbanding jika anda membuat pelaburan emas seperti akaun simpanan di Maybank dan Public Bank. Itu lah perbezaan ketara antara pelaburan emas di PG dan pelaburan emas melalui akaun simpanan seperti yang diperkenalkan oleh bank-bank tempatan. Selain itu, PG mempunyai kilang sendiri yang terletak di Bayan Lepas.Penang selain mempunyai pengedar di seluruh negara. Jadi, ianya memudahkan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan dan stok emas tersebut. Di bawah merupakan rupa bentuk 1 dinar PG:


Yang hijau tu merupakan sijil yang mengesahkan ketulenan emas tersebut (kat belakang ada tulis keterangannya termasuklah pengesahan oleh orang PG yang bertauliah)


                                Pandangan belakang 1 dinar (bersamaan 4.25 gram)

                               Pandangan hadapan 1 dinar (bersamaan 4.25 gram)


Bagi sesiapa yang mempunyai persoalan.tinggalkan persoalan anda di ruangan komen!

Jumpa lagi dalam entri berikut......