capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Sunday 28 October 2012

Bagaimana Untuk Menarik Wang Ke Dalam Kehidupan Anda?

Entri kali ini berkait rapat tentang bagaimana cara untuk menarik wang ke dalam kehidupan anda, sesuai untuk golongan pembaca di luar sana yang masih lagi tercari-cari jalan untuk mendaparkan pendapatan pasif dalam  usaha untuk mencapai matlamat financial freedom. Perkongsian dalam entri ini hanyalah berdasarkan bacaan penulis sendiri selain sedikit cetusan idea daripada penulis sendiri untuk menjadikan entri ini mudah difahami dan mesej berjaya disampaikan kepada pembaca semua.

Langkah pertama untuk menarik wang dalam kehidupan kita adalah sentiasa berfikiran positif dan jauhkan diri daripada berfikiran negatif. Sekiranya anda tidak mempunyai wang yang banyak sekarang ini, perkara pertama yang mungkin anda perlukan adalah untuk mengubah proses pemikiran anda. Apabila anda lihat apa-apa yang telah berlaku dalam kehidupan anda, kemungkinan ada dua perkara di sebaliknya. Salah satunya adalah perkara positif dan yang lagi satu adalah perkara negatif. Sekiranya anda sentiasa boleh berfikiran positif terlebih dahulu, sudah semestinya anda mampu untuk menjauhkan diri daripada berfikiran negatif.


Buanglah perasaan negatif anda sebanyak yang boleh. Lakukan satu tindakan yang anda sedar untuk mencari nilai-nilai positif dalam setiap perkara kerana nilai-nilai negatif ini sebenarnya mampu untuk menganggu gugat perkara-perkara positif yang berlaku di sekeliling kita. Ingatlah bahawa anda sentiasa boleh mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu  perkara positif di sebalik berhadapan situasi yang sukar. Apabila anda berada dalam keadaan minda yang negatif, anda sebenarnya tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah. Tiada masalah yang berjaya diselesaikan bermakna tiada wang untuk anda. Wang hanya akan datang kepada anda apabila anda menambah nilai ke dalam kehidupan seseorang.

Seterusnya, sentiasa mengemaskini kitaran rakan-rakan anda secara konsisten. Anda perlu meluangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang satu peringkat lebih tinggi daripada anda. Apabila anda bergaul dengan orang yang lebih berjaya daripada anda, pada penghujungnya anda akan dapati pada satu peringkat anda berada pada tahap yang sama dengan mereka. Cuma yang menentukannya adalah masa. lambat atau cepat. Banyak perkara yang anda akan belajar di mana sebelum ini anda tidak ketahui. Anda akan mempunyai lebih banyak penasihat untuk dicari apabila anda berhadapan rintangan atau menceburi dunia perniagaan. Kemudian, anda akan dapati peluang untuk membuat wang akan sentiasa datang kepada anda, dan pada satu peringkat anda akan sedar bahawa ianya mudah untuk membuat lebih banyak wang. Dan ketika itulah wang akan tertarik kepada anda!

Perkara di atas hanya akan berlaku apabila anda mengubah tabiat buruk anda kepada yang lebih produktif. Sekiranya anda mempunyai tabiat menonton televisyen setiap malam selepas makan malam, berhenti dan tukar kepada perkara-perkara yang lebih membina seperti belajar perkara baru dengan cara menonton video program latihan atau dokumentari yang penuh dengan informasi. Sekiranya anda membaca berita hiburan dalam akhbar, alihkan perhatian anda seketika kepada berita kewangan, Jika anda adalah seseorang yang sentiasa menunggu ke saat-saat akhir untuk melaksanakan satu tugasan yang produktif, buangkan tabiat tersebut dan lakukan SEKARANG!

Dalam usaha untuk membuat lebih banyak wang dan menarik kekayaan, anda perlu mempunyai tabiat yang sihat dan produktif, Anda perlu sentiasa kekal positif sepanjang masa supaya anda boleh maju selangkah ke hadapan dalam masyarakat dan bergaul dengan orang yang lebih berjaya. Dengan menanam tabiat yang produktif, anda akan menolak sempadan zon selesa sendiri dan akan menjadi seseorang yang lebih produktif yang akan menarik lebih banyak rakan-rakan berjaya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini anda di luar sana memperoleh manfaat. Apa yang penting adalah untuk mengubah cara kita berfikir dan mula melakukan tindakan. Jangan melengah-lengahkan masa dengan hanya melihat sahaja peluang yang datang tanpa melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment