Bertemu lagi setelah lama menyepi dari dunia blog. Kesibukan
sejak kebelakangan ini meyebabkan mood untuk mencoret sesuatu dalam secebis
lembaran ini jatuh merundum sebagaimana jatuhnya harga emas pasaran dunia.
Memang sejak akhir-akhir ini harga emas di pasaran dunia telah mengalami
sedikit penurunan disebabkan oleh faktor penawaran dan permintaan pasaran dunia
yang tidak menentu. Walau bagaimana pun, situasi ini sebenarnya memberikan
kelebihan kepada anda di luar sana untuk mula berjinak-jinak dan mengenali
dunia pelaburan emas fizikal. Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk memiliki
seberapa banyak yang mungkin emas fizikal untuk keuntungan jangka masa panjang.
Bagi yang sudah pun memiliki emas fizikal, situasi ini sememangnya tidak
berpihak kepada anda kerana bagi sesetengah anda mungkin keuntungan tidak
diperolehi pada masa terdekat ini disebabkan oleh kejatuhan harga emas pasaran
dunia semasa. Tetapi, jangan khuatir kerana kejatuhan harga emas ini hanyalah
bersifat sementara dan pulangan jangka masa panjang pasti akan membuatkan anda
tersenyum lebar di kemudian hari. Matlamat pelaburan emas fizikal ini perlulah realistik
yakni untuk pulangan jangka masa panjang antara tiga hingga lima tahun. Kepada
anda di luar sana yang ingin membuat penambahan stok emas fizikal pula,
bersegeralah ke cawangan Public Gold yang berdekatan sementara harga emas yang
berada pada paras yang anda mampu miliki. Jangan biarkan peluang yang ada ini
berlalu begitu sahaja dengan hanya melihat sahaja tanpa melakukan apa-apa
tindakan.
Kita tinggalkan seketika cerita berkaitan emas. Berbalik
kepada tajuk entri di atas: Kenapa ramai orang yang gagal? Faktor utama yang
menyumbang kepada kegagalan seseorang adalah kerana gagal untuk merancang.
Perancangan merupakan satu titik tolak yang terlalu penting dalam menentukan
kejayaan seseorang. Bagaimana cara kita sendiri merencanakan perancangan menunjukkan
kesungguhan kita untuk mencipta kejayaan. Ramai dalam kalangan kita tidak
terlalu mengambil perhatian dalam soal perancangan. Perlu diingatkan bahawa
gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Langkah pertama untuk mencipta
sesuatu kejayaan adalah dengan membuat perancangan secara lengkap dan
menyeluruh. Perancangan yang dimaksudkan di sini termasuklah hal-hal berkaitan
pendidikan, kewangan, perkahwinan dan seumpamanya. Sebagai contoh, sesuatu
perancangan berkaitan kewangan misalnya perlulah ditulis di atas kertas secara
terperinci supaya ianya mudah dilihat dan bukan hanya berdasarkan imaginasi
minda. Apabila perancangan ini ditulis secara jelas, minda kita juga akan lebih
fokus untuk mencipta sesuatu kejayaan dan apa yang lebih penting kesungguhan
dan semangat itu akan wujud secara tersendiri dan ini akan memberikan pemangkin
kepada diri sendiri untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan dating.
Sebenarnya, tanpa perancangan yang jelas ini merupakan antara salah satu faktor
utama yang menyumbang kepada kegagalan seseorang. Semua orang berhak untuk
mencipta kejayaan yang hebat, tapi ramai antara kita yang mengambil sikap
enteng tentang soal perancangan. Merancanglah untuk mencipta kejayaan yang luar
biasa!
Semoga apa yang dikongsikan pada entri kali ini menjadikan
salah satu batu loncatan kepada pembaca di luar sana untuk terus mencipta
kejayaan. Jangan takut untuk mempunyai impian yang besar, apa yang penting
impian kita itu perlulah selari dengan apa yang dirancang. Ingatlah bahawa
perancangan merupakan titik tolak kepada kejayaan seseorang. Merancanglah untuk
masa hadapan anda. Sehingga bertemu lagi pada entri seterusnya. Selamat maju
jaya!
No comments:
Post a Comment