capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Monday, 26 December 2011

Bergambar di hadapan DNA Mixer....seram sejuk naek benda ni...pening pale sikit ar..tp enjoy la! — with Aiman Amin at Berjaya Times Square.
Aiman Amin:ko tak takut ker rimau sebelah ko tu? rilex je aku tgok ko duk sebelah-menyebelah.... — with Aiman Amin at Berjaya Times Square.
Warna-Warni 2011 sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya....... — with Aiman Amin at Berjaya Times Square

Monday, 19 December 2011

Lagi berkenaan WUPID......

Salah seorang peserta yang terlibat sedang membentangkan usul  
WUPID 2011


WUPID!

Mesti semua orang tertanya-tanya kan apa itu WUPID? Actually,WUPID stands for World Universities Peace Invitational Debate.What? World? yup.WUPID sebenarnya dah lama diadakan melibatkan peserta-peserta universiti dari dalam dan luar negara,kira-kira 5 tahun yang lepas.Apa yang menarik di sini ialah UPM telah menjadi official host untuk penganjuran kali ini termasuklah menyediakan tempat pertandingan untuk peserta yang terlibat.Program ini bermula pada17 Disember 2011 sehingga 21 Disember 2011 dan antara lokasi yang menjadi tempat pertandingan ialah Sekolah Menengah Seri Puteri yang terletak di Cyber 7,Cyberjaya.Lokasi ini merupakan lokasi kedua pertandingan selepas pusingan pertama yang diadakan di UPM sendiri selaku tuan rumah.Penganjuran program yang bertaraf antarabangsa ini melibatkan wakil pelajar universiti dari dalam dan luar negara termasuklah dari negara Asia dan juga benua Eropah.Menarik bukan? Kepetahan mereka dalam berbahas sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi sehingga memaksa para hakim memerlukan masa tambahan untuk membuat keputusan pasukan manakah yang akan mara ke pusingan seterusnya.Sebelum pertandingan bermula,para peserta diberikan taklimat ringkas oleh ketua hakim untuk melancarkan lagi perjalanan program tersebut.Kemudian,para peserta diberikan usul untuk dibahaskan dan masa yang diberikan untuk melakukan persiapan sebelum pertandingan bermula hanyalah selama 15 minit sahaja.Tetapi,apa yang ingin dikongsikan di sini walaupun mereka berhadapan dengan kekangan masa yang begitu terhad,sebenarnya mereka mampu melontarkan idea yang cukup bernas sehingga menjadikan perbahasan ini menjadi begitu menarik untuk ditonton.Idea-idea yang diluahkan menimbulkan lagi tahap intelektual yang mereka miliki walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berbeza.Sebelum terlupa,setiap peserta diberikan masa selama 7 minit untuk membentangkan usul mereka,termasuklah dari pihak kerajaan dan pembangkang.Sebanyak 8 orang peserta yang mewakili universiti masing-masing ditempatkan di dalam setiap bilik perbahasan dan 3 orang hakim yang sememangnya cukup pakar dalam perbahasan ini diundang khas untuk mengadili pertandingan ini.Menariknya lagi,para hakim yang terlibat juga datang daripada latar belakang yang berbeza termasuklah dari negara-negara yang sedang membangun.Gaya perbahasan yang disampaikan oleh para peserta membuatkan para hakim sukar untuk membuat keputusan pasukan yang akan ke peringkat seterusnya.Ketinggian ilmu pengetahuan mereka sememangnya melambangkan  masyarakat mereka yang menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya.Pembudayaan seumpama ini jika dibandingkan dengan masyarakat kita sememangnya cukup ketara kerana budaya membaca bukan menjadi amalan seharian masyarakat kita di sini.Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan WUPID,ikuti dalam entri seterusnya.
Sekian.........

Friday, 16 December 2011

Entri kedua:seperti yang dijanjikan,,,,sambungan ENTRI PERTAMA!!!

Seperti yang dijanjikan,entri kali ini merupakan kesinambungan kepada entri sebelumnya.....mesti ada yang dah dapat teka kat mana gambar tu kan? hehehe.....bagi sesiapa yang pernah ke sini mesti tahu kat mana tempat ni kan...tapi tak apa,bagi yang belum berkesempatan ke sini lagi,kalau ada peluang,jangan lepaskan peluang untuk ke sini...best wooo......bagi yang nak hilangkan tekanan selepas belajar atau bekerja ke,datang la ke sini....serius dapat hilangkan tekanan tu,malah dapat tingkatkan tekanan darah lagi.hahaha.Kisahnya bermula MAC 2011 selepas aku ingin hilangkan tekanan selepas penat belajar.lepas tu aku ajak la member aku sorang ni,temankan aku shopping kat TIMES SQUARE ni.Mula-mula,aku tak ada rancangan pon nak masuk THEME PARK ni kan,tapi setelah didesak oleh member aku sorang ni kan,terpaksa la akur.Pantang dicabar,aku pon terus setuju nak masuk THEME PARK tu.Selepas survey harga tiket tu,aku pantas bersetuju,lagi pon under budget lg....untuk makluman,harga tiket tu tak ada la mahal mana pon,semua orang mampu beli tiket tu.Kebetulan hari tu hujung minggu,ramai la orang beratur nak beli tiket kan...lupa pulak nak bagi tahu tiket tu RM37.00 sahaja...murah la kan? yang pasti memang berbaloi-baloi dengan nilai wang yang dikeluarkan.Ada macam-macam jenis permainan yang disediakan termasuk lah untuk kanak-kanak.Di bawah ni  disediakan gambar yang sempat diabadikan sebagai kenangan.



     
ni la aku...huhuhu










































Entri pertama:ada sesiapa tahu tak kat mana tempat ni? nantikan kisahnya dalam entri seterusnya....