Semakin ramai yang celik EMASSSSS
Assalamualaikum.....
Hari ini mood nak update blog datang lagi....rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan apa, sejak seminggu ni semakin sibuk dengan urusan hidup yang entah bila akan habis kan..bunyi lain macam je kan? Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku sejak seminggu lepas, ada yang manis untuk dikenang, tak kurang ada juga yang pahit untuk ditelan. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Walau sesusah mana pun untuk teruskan kehidupan, jiwa kena kental untuk mengatasi setiap permasalahan yang hadir dalam hidup kita bertubi-tubi seolah tidak menunjukkan tanda-tanda bilakah ianya akan berakhir.
Macam-macam perkara lah yang berlaku minggu lepas. Penat tu jangan cakap la. Biasa la, stiudent life kan,assignment,tutorial, test dan yang paling memeningkan kepala ni projek tahun akhir. Kalau ada kesempatan, aku akan update lagi tentang projek tahun akhir tu. Kita lupakan seketika permasalahan tu, sekarang ni fokus kita kepada tajuk di atas. Ya, semakin ramai yang celik pasal emasss. Dan semakin ramai juga orang yang bercerita pasal emas. Sememangnya emas merupakan topik perbualan yang hangat dibincangkan kebelakangan ni. Akbar-akhbar utama pun tidak melepaskan peluang untuk memuatkan berita berkaitan emas. Nampak kan, emas mula menjadi perhatian ramai orang sejak dua menjak ni kan. Disebabkan berlaku peningkatan harga emas sejak beberapa bulan lepas, ramai orang sudah mula beralih perhatian kepada pelaburan emas. Mereka mula berkira-kira untuk memulakan langkah pertama untuk terlibat dalam pelaburan emas. Itu menunjukkan tanda positif bahawa masyarakat kita sekarang ini sudah mula sedar pulangan yang agak lumayan dalam pelaburan emas.
Oh ya, baru-baru ini seorang rakanku juga turut memulakan langkah pertama dalam pelaburan emas. Berbekalkan 1 dinar emas (4.25 g), langkah berani ini menunjukkan bahawa seorang pelajar universiti juga turut mampu menceburi bidang pelaburan emas ni. Dengan keinginan yang kuat di hati, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi. Asalkan langkah pertama (tindakan) perlu dilakukan, bukan sekadar omongan kosong sahaja. Sebenarnya, semua orang mampu untuk memiliki dinar emas, tidak mengira usia,pangkat dan jantina sekali pun. Jika kehendak itu datang dari hati yang tekad, semuanya akan dipermudahkan. Buktinya sudah jelas apabila rakanku ini juga dapat melihat pulangan yang agak lumayan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Ayuh, kepada anda di luar sana, bersegeralah untuk memiliki emas (walaupun sekeciil 1 dinar emas) memandangkan harga emas yang masih lagi anda mampu miliki berbanding dalam 2 atau 3 tahun akan datang.
Cukuplah sekadar perkongsian ini untuk tatapan pembaca di luar sana. Pada entri berikut,aku akan ceritakan bagaimana 2 dinar emas boleh bertukar menjadi 10 g emas. Jangan lupa untuk mengikuti entri berikut.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!
No comments:
Post a Comment