Seterusnya anda haruslah:
3) MENYIMPAN sekurang-kurangnya 10 % daripada pendapatan. Lagi tinggi peratusan anda menyimpan lagi baik.Jumlah 10% ini hanyalah jumlah minimum wang yang anda perlu ketepikan sebelum melakukan sebarang perbelanjaan.Sebagai contoh pendapatan bersih bulanan anda RM 2000,bermakna anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 200 (10% daripada pendapatan bersih bulanan).Begitulah seterusnya bergantung kepada jumlah pendapatan yang anda terima setiap bulan. Seperkara lagi,jumlah wang yang anda simpan ini perlulah realistik berdasarkan kemampuan diri sendiri dan jangan sesekali membandingkan wang yang anda simpan dengan jumlah wang simpanan orang lain.Biarlah kita mengukur baju di badan sendiri kerana kita tidak boleh sesekali bertindak melampaui batas kemampuan kita kerana dikhuatiri akan merana di kemudian hari.Lain orang lain caranya,tetapi kita perlulah berpijak di bumi yang nyata.Jika dilihat jumlah RM200 itu hanyalah jumlah yang kecil,walaubagaimanapun sekiranya digandakan dalam tempoh setahun wang yang anda kumpul pada penghujung tahun berjumlah RM2400.Itu merupakan satu angka yang menunjukkan perkembangan positif kerana pada peringkat permulaan anda berjaya menanam sikap suka menabung.Bukan semua orang mampu melangkah hingga ke peringkat ini kerana perlu diingatkan sekali lagi DISIPLIN merupakan tunggak utama untuk mencapai matlamat asal anda.Dengan disiplin ini juga,anda jangan sesekali cuba mengeluarkan wang yang anda simpan walaupun untuk tujuan terdesak.Ingat matlamat asal anda menyimpan wang.Jangan biarkan diri sendiri sewenang-wenangnya mengeluarkan wang yang telah lama anda simpan setelah bersusah payah sehingga ke tahap tersebut.
4)Wujudkan tabung khas untuk KECEMASAN. Ya,anda perlulah mewujudkan satu tabung khas untuk tujuan terdesak atau dalam kata lain untuk tujuan kecemasan. Tabung yang diwujudkan ini pula bergantung kepada keperluan diri sendiri untuk satu jangka masa yang anda sendiri tetapkan dan sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan ke atas.Sebagai contoh,keperluan bulanan anda adalah RM 500,jadi anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM3000 (RM500 x 6 bulan) di dalam tabung khas yang anda wujudkan sendiri.Jumlah ini merupakan jumlah yang anda perlu tetapkan sendiri berdasarkan keperluan dan perbelanjaan bulanan anda.Selain itu,tabung khas ini bolehlah digunakan untuk tujuan yang anda perlukan tunai dengan segera seperti untuk tujuan penyelenggaraan kereta dan sebagainya.Jangan sesekali cuba mengusik wang yang telah anda simpan sebelum ini.Gunakanlah tabung khas ini secara berhemah dan jangan lupa membuat sedikit peruntukan sebelum mengeluarkannya.
Semoga dengan perkogsian ini mampu menjadi titik tolak kepada anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari kaedah berkesan untuk merancang kewangan.Jangan lupa ikuti tips berikut berkaitan perancangan kewangan dalam entri seterusnya.
SELAMAT MENCUBA!
Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini.sedikit perkongsian ikhlas bagi anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari tips bagaimana untuk merancang kewangan.Tetapi perlu diingatkan di sini bahawa jumlah wang yang anda terima setiap bulan (termasuk lah gaji,elaun.perniagaan dan sebagainya) tidaklah begitu penting,sebaliknya bagaimana anda menguruskan kewangan merupakan langkah yang TERPENTING untuk mencapai matlamat asal anda.Baiklah di bawah ini merupakan apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk merancang kewangan:
1)Setelah anda menetapkan matlamat anda (berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan pelaburan) anda perlulah menyediakan satu buku khas (tidak kira lah buku log atau pun buku 555) sebagai panduan kepada anda untuk menguruskan kewangan melalui teknik yang betul.Di dalam buku tersebut,perlulah dinyatakan dengan JELAS dan TERPERINCI berapakah wang yang anda terima(jumlah kasar).tarikh,masa,perbelanjaan(perbelanjaan ini juga perlu dinyatakan dengan jelas tujuannya dan berapakah jumlah wang yang dikeluarkan untuk tujuan tersebut).Setelah semua ruangan ini telah diisi di dalam buku tersebut,sediakan satu ruangan khas di setiap penjuru buku tersebut yang dinamakan sebagai ruangan simpanan.Ruangan simpanan ini merupakan berapakah wang yang tinggal setelah wang yang anda terima itu ditolak dengan wang yang anda keluarkan untuk tujuan perbelanjaan(wang yamg terima-wang yang dibelanjakan).Ruangan ini perlulah direkodkan setiap hari untuk memastikan ke manakah wang yang kita terima dibelanjakan.Dengan ini,kita dapat memastikan wang yang kita belanjakan ke arah yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat memastikan tidak berlaku pembaziran kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
2)DISIPLIN! Ya.disiplin merupakan antara tindakan yang perlu anda lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai.Tanpa disiplin sudah pastinya matlamat anda akan terkubur begitu sahaja.Untuk memastikan kita sentiasa berdisiplin untuk menyimpan wang,perlulah ditetapkan MATLAMAT asal anda yang jelas di dalam diri sendiri untuk setiap waktu.Melalui cara ini.minda kita akan lebih terfokus kepada matlamat asal dan sudah pastinya kita akan membelanjakan wang secara berhemah kerana dikhuatiri berlakunya pembaziran kepada perkara-perkara yang boleh membantutkan usaha kita untuk mencapai matlamat. Langkah ini merupakan perkara yang nampak mudah luarannya tetapi hakikatnya masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak mampu dan konsisten untuk menyimpan setiap lebihan wang mereka.KENAPA? Jawapannya mudah: TIADA DISIPLIN dalam diri sendiri. Oleh itu,perlulah disiplin ini dibentuk secara perlahan-lahan di dalam diri sendiri,nescaya lambat laun ianya akan mejadi salah satu tabiat dalam jangka masa yang panjang.Jadi,apa lagi? Mulalah bertindak sekarang! Ingat DISIPLIN!
Baiklah.cukup setakat ini sahaja tips-tips untuk merancang kewangan.Jumpa lagi dalam entri berikut tentang tips yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian.
Bertemu lagi kita dalam entri seterusnya.....
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan rupanya,sememangnya bulan ini merupakan bulan yang sememangnya dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia dan juga di Malaysia.Cepatnya masa berlalu kan....semoga hari-hari yang kita lalui sebelum ini mendatangkan manfaat kepada kita pada masa akan datang.Percayalah apa yang kita lakukan hari ini akan membuahkan hasil di kemudian hari cuma yang membezakan hanyalah tempoh masa yang kita akan tuai hasilnya berkat kegigihan usaha kita selama ini tanpa mengenal erti putus asa. Begitu juga kalau kita kaitkan dengan soal perancangan kewangan,makin cepat kita ambil tindakan ke atas perancangan(kewangan) maka makin cepatlah kita akan tuai hasilnya.Walaupun aku sedar aku bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan soal kewangan.tapi diharapkan sedikit perkongsian ikhlas ini dapat memberikan info serba sedikit bagaimana untuk merancang kewangan untuk keselesaan kita pada masa akan datang.Dan aku percaya semua manusia di atas muka bumi ini pernah merasai permasalahan yang berkaitan soal kewangan melainkan mereka yang mewarisi kekayaan dari generasi terdahulu sudah pasti tidak akan berada di dalam situasi seumpama ini.Baiklah.apa yang paling penting dalam merancang kewangan ini,langkah pertama anda(diri sendiri) perlulah menetapkan berapkah jumlah wang yang diperlukan(perlu spesifik kuantitinya) untuk kegunaan pada masa hadapan.Lain orang lain jumlahnya bergantung kepada matlamat asal seseorang.Kegunaan wang untuk tujuan pendidikan sudah semestinya berbeza jumlah yang diperlukan jika dibandingkan dengan kegunaan wang untuk tujuan pelaburan.Begitulah perbezaan yang ringkas dan mudah difahami untuk menjelaskan jumlah wang yang diperlukan oleh individu.Seterusnya langkah kedua haruslah BERTINDAK! Ya,anda harus BERTINDAK setelah menetapkan berapakah jumlah wang yang anda perlukan.Tanpa TINDAKAN sememangnya mustahil untuk mencapai perancangan yang telah kita tetapkan sebelum ini.Lagi cepat tindakan kita lagi bagus,kerana hasilnya kita akan dapat lihat dalam tempoh yang lebih singkat.Jadi.mulakanlah SEKARANG! ya SEKARANG! Tapi sebelum tu,anda pasti tertanya-tanya kan apakah tindakan yang perlu kita lakukan? Jangan bimbang,seperti mana yang aku cakap sebelum ni,aku akan berkongsi pengalaman SENDIRI bagaimanakah untuk menguruskan kewangan dalam masa yang sama dapat mencapai impian kita. Pengalaman yang akan aku kongsikan ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang aku sendiri alami untuk mencapai impian tersebut.Apa yang aku lakukan,semuanya menjadi walaupun ada beberapa rintangan yang perlu dihadapi.Tapi aku akan kongsikan tips-tips tersebut bukan di sini,dalam entri berikut aku akan perincikan setiap tips untuk manfaat kita bersama.Jumpa lagi dalam entri berikut!
P/s:Jangan lupa dapatkan tips-tips PERANCANGAN KEWANGAN dalam entri berikut!
Bertemu lagi kita dalam entri berikut.....
Tetiba hari ini mood nak update blog datang....puas jugak la nk pikir apa yang nak tulis dalam blog ni....korang pernah tak buat perancangan secara terperinci pasal masa depan korang? Apa korang akan jadi dalam tempoh jangka pendek (3 tahun akan datang) dan dalam jangka masa panjang (5-10 tahun akan datang). Aku rasa ramai je antara korang ni yang dah merencanakan kehidupan pada masa depan.Bagus la kalau korang ada buat macam tu kan.Setidak-tidaknya ada jugak la jaminan apa yang akan jadi pada masa akan datang.Sekarang ni pun kita dah boleh lihat ramai antara lepasan SPM yang terus melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi termasuklah ke peringkat diploma dan ijazah.Berbekalkan kelayakan yang dimiliki ini akan memudahkan kita untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan yang kian mencabar kebelakangan ini.Tetapi harus diingatkan bahawa ilmu yang dipelajari pada tahap ini bukanlah satu jaminan yang pasti untuk memperoleh pekerjaan yang diminati sebaliknya harus disusuli dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang boleh membantu untuk mendapat pekerjaan yang diidamkan. Berbalik kepada topik di atas:perlu ke merancang masa depan? Daripada pandangan aku,memang setiap individu perlu mempunyai perancangan masa depan masing-masing.Bukan setakat perancangan sahaja,tetapi mestilah disusuli dengan perancangan yang lengkap termasuklah jangka masa yang ditetapkan dan yang paling penting apakah tindakan kita ke arah perancangan tersebut.Perancangan yang kita lakukan itu juga haruslah realistik dan dapat diterima oleh akal yang waras (bukan apa nanti diri sendiri pulak yang kecewa kerana apa yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan). Namun begitu,ada juga dalam kalangan kita ni yang tidak berapa suka merencanakan masa hadapan merekan.Bak kata mereka just go with the flow. Apa-apa pun,terpulanglah kepada individu kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri.Kita sebagai manusia perlulah menghormati pandangan mereka kan.Sampai sini je la entri untuk kali ni.
P/s:Jangan lupa ikuti entri berikut......