capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Saturday 21 July 2012

TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini.sedikit perkongsian ikhlas bagi anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari tips bagaimana untuk merancang kewangan.Tetapi perlu diingatkan di sini bahawa jumlah wang yang anda terima setiap bulan (termasuk lah gaji,elaun.perniagaan dan sebagainya) tidaklah begitu penting,sebaliknya bagaimana anda menguruskan kewangan merupakan langkah yang TERPENTING untuk mencapai matlamat asal anda.Baiklah di bawah ini merupakan apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk merancang kewangan:

1)Setelah anda menetapkan matlamat anda (berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan pelaburan) anda perlulah menyediakan satu buku khas (tidak kira lah buku log atau pun buku 555) sebagai panduan kepada anda untuk menguruskan kewangan melalui teknik yang betul.Di dalam buku tersebut,perlulah dinyatakan dengan JELAS dan TERPERINCI berapakah wang yang anda terima(jumlah kasar).tarikh,masa,perbelanjaan(perbelanjaan ini juga perlu dinyatakan dengan jelas tujuannya dan berapakah jumlah wang yang dikeluarkan untuk tujuan tersebut).Setelah semua ruangan ini telah diisi di dalam buku tersebut,sediakan satu ruangan khas di setiap penjuru buku tersebut yang dinamakan sebagai ruangan simpanan.Ruangan simpanan ini merupakan berapakah wang yang tinggal setelah wang yang anda terima itu ditolak dengan wang yang anda keluarkan untuk tujuan perbelanjaan(wang yamg terima-wang yang dibelanjakan).Ruangan ini perlulah direkodkan setiap hari untuk memastikan ke manakah wang yang kita terima dibelanjakan.Dengan ini,kita dapat memastikan wang yang kita belanjakan ke arah yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat memastikan tidak berlaku pembaziran kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

2)DISIPLIN! Ya.disiplin merupakan antara tindakan yang perlu anda lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai.Tanpa disiplin sudah pastinya matlamat anda akan terkubur begitu sahaja.Untuk memastikan kita sentiasa berdisiplin untuk menyimpan wang,perlulah ditetapkan MATLAMAT asal anda yang jelas di dalam diri sendiri untuk setiap waktu.Melalui cara ini.minda kita akan lebih terfokus kepada matlamat asal dan sudah pastinya kita akan membelanjakan wang secara berhemah kerana dikhuatiri berlakunya pembaziran kepada perkara-perkara yang boleh membantutkan usaha kita untuk mencapai matlamat. Langkah ini merupakan perkara yang nampak mudah luarannya tetapi hakikatnya masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak mampu dan konsisten untuk menyimpan setiap lebihan wang mereka.KENAPA? Jawapannya mudah: TIADA DISIPLIN dalam diri sendiri. Oleh itu,perlulah disiplin ini dibentuk secara perlahan-lahan di dalam diri sendiri,nescaya lambat laun ianya akan mejadi salah satu tabiat dalam jangka masa yang panjang.Jadi,apa lagi? Mulalah bertindak sekarang! Ingat DISIPLIN!

Baiklah.cukup setakat ini sahaja tips-tips untuk merancang kewangan.Jumpa lagi dalam entri berikut tentang tips yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment