capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Sunday 22 July 2012

TIPS berikut (sambungan)

Seterusnya anda haruslah:

 

3) MENYIMPAN sekurang-kurangnya 10 % daripada pendapatan. Lagi tinggi peratusan anda menyimpan lagi baik.Jumlah 10% ini hanyalah jumlah minimum wang yang anda perlu ketepikan sebelum melakukan sebarang perbelanjaan.Sebagai contoh pendapatan bersih bulanan anda RM 2000,bermakna anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 200 (10% daripada pendapatan bersih bulanan).Begitulah seterusnya bergantung kepada jumlah pendapatan yang anda terima setiap bulan. Seperkara lagi,jumlah wang yang anda simpan ini perlulah realistik berdasarkan kemampuan diri sendiri dan jangan sesekali membandingkan wang yang anda simpan dengan jumlah wang simpanan orang lain.Biarlah kita mengukur baju di badan sendiri kerana kita tidak boleh sesekali bertindak melampaui batas kemampuan kita kerana dikhuatiri akan merana di kemudian hari.Lain orang lain caranya,tetapi kita perlulah berpijak di bumi yang nyata.Jika dilihat jumlah RM200 itu hanyalah jumlah yang kecil,walaubagaimanapun sekiranya digandakan dalam tempoh setahun wang yang anda kumpul pada penghujung tahun berjumlah RM2400.Itu merupakan satu angka yang menunjukkan perkembangan positif kerana pada peringkat permulaan anda berjaya menanam sikap suka menabung.Bukan semua orang mampu melangkah hingga ke peringkat ini kerana perlu diingatkan sekali lagi DISIPLIN merupakan tunggak utama untuk mencapai matlamat asal anda.Dengan disiplin ini juga,anda jangan sesekali cuba mengeluarkan wang yang anda simpan walaupun untuk tujuan terdesak.Ingat matlamat asal anda menyimpan wang.Jangan biarkan diri sendiri sewenang-wenangnya mengeluarkan wang yang telah lama anda simpan setelah bersusah payah sehingga ke tahap tersebut.

 

4)Wujudkan tabung khas untuk KECEMASAN. Ya,anda perlulah mewujudkan satu tabung khas untuk tujuan terdesak atau dalam kata lain untuk tujuan kecemasan. Tabung yang diwujudkan ini pula bergantung kepada keperluan diri sendiri untuk satu jangka masa yang anda sendiri tetapkan dan sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan ke atas.Sebagai contoh,keperluan bulanan anda adalah RM 500,jadi anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM3000 (RM500 x 6 bulan) di dalam tabung khas yang anda wujudkan sendiri.Jumlah ini merupakan jumlah yang anda perlu tetapkan sendiri berdasarkan keperluan dan perbelanjaan bulanan anda.Selain itu,tabung khas ini bolehlah digunakan untuk tujuan yang anda perlukan tunai dengan segera seperti untuk tujuan penyelenggaraan kereta dan sebagainya.Jangan sesekali cuba mengusik wang yang telah anda simpan sebelum ini.Gunakanlah tabung khas ini secara berhemah dan jangan lupa membuat sedikit peruntukan sebelum mengeluarkannya.

Semoga dengan perkogsian ini mampu menjadi titik tolak kepada anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari kaedah berkesan untuk merancang kewangan.Jangan lupa ikuti tips berikut berkaitan perancangan kewangan dalam entri seterusnya.



SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment