capstarz@yahoo.com

capstarz@yahoo.com

Wednesday 25 July 2012

TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini,aku akan kongsikan lagi beberapa tips kepada pengunjung blog ini yang ingin merancang kewangan mereka. Berikut merupakan antara langkah yang anda boleh lakukan untuk merancang kewangan:


5) Beli barangan keperluan apabila ada JUALAN MURAH.

Tips ini merupakan antara langkah yang paling efektif bagi mereka yang ingin merancang kewangan kerana ianya mampu menjimatkan perbelanjaan harian anda seterusnya membantu menyimpan lebihan wang daripada membeli barang-barang yang bukan untuk tujuan keperluan diri. Kebiasanya,jualan murah ini akan diadakan setiap tahun (penghujung setiap tahun) dan pada waktu ini lah masa yang paling sesuai bagi anda di luar sana untuk membeli barang-barang keperluan kerana harga yang ditawarkan untuk setiap barang keperluan misalnya pakaian amat berpatutan selepas potongan diskaun diberikan. Gunakanlah kesempatan dan ruang yang ada ini untuk memborong barang-barang keperluan dalam kuantiti yang banyak seperti untuk digunakan dalam tempoh setahun supaya wang yang anda keluarkan itu berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sebelum itu,jangan lupa buat simpanan terlebih dahulu setiap bulan untuk membeli barang-barang keperluan pada penghujung setiap tahun.Dengan cara ini,anda mampu melihat sendiri berapakah wang yang anda perlu keluarkan untuk membeli barang-barang keperluan pada pertengahan tahun jika dibandingkan apabila anda membeli barang-barang keperluan pada setiap penghujung tahun.Sudah pastinya berlaku penjimatan yang sangat besar jika anda melakukan teknik di atas, Rancanglaah kewangan anda sebaik mungkin supaya lebihan wang daripada pendapatan anda dapat disimpan dan seterusnya dapat digunakan untuk tujuan pelaburan.Tetapi harus diingatkan teknik ini hanya sesuai untuk barang-barang keperluan yang tahan lama tempohnya misal pakaian dan teknik ini tidak sesuai untuk barang keperluan seperti makanan.Maka rajin-rajinkanlah diri untuk mendapatkan info terkini di manakah anda boleh mendapatkan barang-barang keperluan pada harga TERENDAH. Selamat mencuba!


6)Beli barangan secara TUNAI.

Ini merupakan masalah utama yang menghimpit rakyat Malaysia kebelakangan ini.Tidak perlu sebenarnya menuding jari siapakah yang perlu dipersalahkan dalam soal ini.Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka berhutang untuk mendapatkan sesuatu barangan terutamnya bagi golongan muda yang ingin mendapatkan gajet terkini.Sebagai jalan yang paling mudah mereka akan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan gajet-gajet tersebut.Mereka terpaksa berhutang untuk mendapatkan barang idaman,bak kata orang biar papa asal bergaya.Lambakan instititusi yang menawarkan pinjaman unttuk mendapatkan barang keperluan selain syarat yang ditawarkan juga agak longgar mendorong ramai orang di luar sana memilih jalan singkat dengan cara berhutang.Membeli brangan secara ini menunjukkan bahawa tahap kewangan mereka cukup lemah sehingga terpaksa berhutang untuk mendapatkannya.Oleh itu,janganlah mengamalkan sikap seumpama ini kerana statistik menunjukkan  ramai golongan muda diisytihrakan muflis akibat ketidakmampuan untuk membayar balik hutang kad kredit.Belilah barangan secara tunai walaupun terpaksa mengambil tempoh yang agak lama untuk mendaptkannya.


Diharapkan sedikit perkongsian ini mampu membantu anda untuk merancang kewangan supaya dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang. Bertindaklah SEKARANG agar anda dapat mencapai impian ke arah yang lebih baik. SELAMAT MAJU JAYA!

No comments:

Post a Comment